Utusan Borneo (Sarawak)

Dua lelaki ditahan kerana memiliki dadah

Disyaki miliki 6.03 gram dadah jenis syabu di sebuah rumah di Kampung Bintawa Hilir

- Oleh Mohd Shafik Ahmad

KUCHING: Polis Kuching menahan dua lelaki tempatan kerana memiliki 6.03 gram dadah dipercayai jenis syabu di sebuah rumah di Kampung Bintawa Hilir, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Kuching ACP Abang Ahmad Abang Julai berkata suspek berusia 54 dan 31 tahun itu ditangkap kira-kira jam 10.40 pagi oleh sepasukan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik IPD Kuching.

Dalam serbuan itu katanya, kedua- dua suspek berada di ruang tamu rumah berkenaan.

“Pemeriksaa­n lanjut, polis menjumpai satu beg kecil berwarna coklat mengandung­i satu peket plastik lutsinar.

“Di dalamnya terdapat lima peket plastik lutsinar yang setiap satu berisi ketulan kristal disyaki dadah jenis syabu dan empat tiub straw berwarna cerah yang turut berisi

Pemeriksaa­n lanjut, polis menjumpai satu beg kecil berwarna coklat mengandung­i satu peket plastik lutsinar. ACP Abang Ahmad Abang Julai Ketua Polis Daerah Kuching

ketulan kristal disyaki dadah syabu dengan berat kasar 6.03 gram dengan anggaran harga pasaran bernilai RM1,085,” katanya.

Hasil ujian saringan air kencing juga mendapati kedua-dua suspek positif dadah jenis Methapheta­mine.

Suspek yang bekerja sebagai buruh dan peniaga kedai runcit itu ditahan di bawah Seksyen 39A(1) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Menurut Abang Ahmad, semakan lanjut mendapati kedua-dua suspek tersebut tidak mempunyai rekod jenayah lampau.

Sementara itu, dalam Ops Pusat Hiburan yang dijalankan IPD Kuching, beliau mendedahka­n dua lelaki didapati positif dadah jenis Methapheta­mine dan THC.

Dalam operasi di sebuah pusat hiburan di Jalan Ang Cheng Ho semalam, pihaknya telah menjalanka­n pemeriksaa­n terhadap 12 individu termasuk empat warga Thailand.

Hasil pemeriksaa­n lanjut, polis turut merampas dadah jenis syabu seberat 0.53 gram dan sebiji pil Erimin 5 (0.28 gram).

Abang Ahmad berkata kes kini disiasat mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia