Utusan Borneo (Sarawak)

Baru petik laporan KAN berhubung kontraktor gagal cat rumah RPR

-

KUCHING: Pengerusi Parti Keadilan Rakyat ( PKR) Sarawak Baru Bian semalam berkata beliau hanya memetik laporan Ketua Audit Negara (KAN) dalam kenyataann­ya baru-baru ini.

Beliau berkata KAN dalam Laporan KAN Siri 1, 2016 menyatakan bahawa dua kontraktor itu gagal menyiapkan kerja mengecat rumah pangsa RPR Permyjaya Miri walaupun telah dibayar RM2.88 juta oleh Perbadanan Pembanguna­n Perumahan (HDC) bagi tujuan itu.

Tambahnya, beliau tidak pernah menyebut mana-mana nama individu atau syarikat dalam laporan itu.

“Saya telah dituduh memburukka­n syarikat-syarikat berkenaan yang tidak bernama. Malah saya tidak boleh disaman kerana memfitnah kerana mereka tidak ada rasa hormat atau keberanian untuk mendedahka­n identiti mereka,” katanya pada sidang media di sini semalam.

Baru yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ba’Kelalan berkata demikian sebagai maklum balas kepada laporan sebuah akhbar tempatan berbahasa Inggeris, kontraktor tidak bernama menuduh beliau tidak memeriksa fakta terlebih dahulu sebelum membuat sebarang tuduhan ke atas syarikat berkenaan.

Syarikat kontraktor tidak bernama itu menafikan mereka tidak melakukan kerja-kerja mengecat semula bagi projek perumahan di Miri walaupun telah dibayar oleh HDC .

Menurut kontraktor itu lagi, kerja-kerja mengecat semula telah dilakukan dan siap pada 2015, malah mereka mempunyai setiap bukti untuk itu.

Bagaimanap­un Baru berkata Laporan KAN sangat jelas mengatakan pengkhusus­an kerja dengan jumlah peruntukan RM2.01 juta, seharusnya disiapkan oleh kontraktor di Miri, sama ada tidak dilakukan, tidak bermutu atau tidak lengkap,” ujarnya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia