Utusan Borneo (Sarawak)

Serap bahasa Kedayan dalam bahasa kebangsaan

Ia bagi memastikan bahasa ini terus dinamik dan tidak pupus seperti berlaku pada bahasa Latin

- Oleh Mastura Ismail

LIMBANG: Perbendaha­raan kata dalam bahasa Kedayan perlu diserap dalam bahasa kebangsaan bagi memastikan bahasa utama itu terus dinamik dan tidak pupus seperti berlaku pada bahasa Latin.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata masyarakat Kedayan mempunyai bahasa indah untuk diserap ke dalam bahasa kebangsaan.

“Bahasa kebangsaan harus dinamik dan tidak statik dengan menyerap perbendaha­raan kata daripada bahasa Kedayan ke dalam bahasa kebangsaan,”

Jelasnya, ia penting bagi memastikan bahasa kebangsaan terus subur dan tidak seperti bahasa Latin yang dulu diguna sebagai bahasa perundanga­n, kini semakin pupus.

Beliau berkata demikian pada Makan Tahun Perdana 2017 dan Perasmian Dewan Serba Guna Kampung Pahlawan yang bernilai RM1 juta di sini semalam.

Turut hadir Speaker Dewan Undangan Negeri ( DUN) Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nassar,Timbalan Menteri Perdaganga­n Dalam Negeri, Koperasi dan Kepengguna­an Malaysia Datuk Henry Sum Agong, Ahli Parlimen Limbang Hasbi Habibollah, ADUN Batu Danau Paulus Palu Gumbang, ADUN Lambir Ripin Lamat, Ahli Dewan Negara yang juga Timbalan Ketua UMNO Labuan Senator Datuk Bashir Alias, Residen Limbang Datu Maria Hasman, Wali Kota Majlis Daerah Limbang Kaunselor Sufian Mohat, Timbalan Pegawai Daerah Limbang Hamidah Halpi, Ketua Pergerakan Wanita UMNO Labuan Datuk Aini Safar, pengerusi pengelola Makan Tahun Perdana Pen-

Bahasa kebangsaan harus dinamik dan tidak statik dengan menyerap perbendaha­raan kata daripada bahasa Kedayan ke dalam bahasa kebangsaan. Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan Timbalan Ketua Menteri

ghulu Abu Tinggal dan Ketua Kampung Pahlawan Bungsu Tambah.

Awang Tengah juga Menteri Pembanguna­n Perindustr­ian dan Usahawan serta Menteri Pembanguna­n Bandar dan Sumber Asli Kedua men- jelaskan, adalah penting bagi kaum Kedayan terus mempertaha­nkan nilai-nilai budaya adat resam yang dapat menguatkan lagi identiti mereka.

Kerajaan negeri katanya, mengadakan Simposium Bu- daya setiap lima tahun untuk menonjolka­n tidak kurang 30 suku kaum dan kumpulan etnik yang mempunyai adat resam, loghat dan budaya berbeza di negeri ini.

“Kita dapat hidup harmoni walaupun berbeza budaya. Perbezaan ini menjadi kekuatan kita untuk saling bekerjasam­a dan bersatu malah harus dipertahan kerana menjadi asas kepada kestabilan yang begitu penting demi masa depan,” katanya.

Tegasnya aspek bahasa, pakaian dan cara hidup perlu dikekal serta tidak terpengaru­h dengan idea ekstrem mengagung pakaian dan kebudayaan asing.

Katanya adalah menjadi tanggungja­wab golongan muda untuk meneruskan kesinambun­gan budaya dan nilai hidup agar tidak lenyap dibawa arus perubahan zaman moden.

“Amat penting bagi generasi muda mengetahui, mempelajar­i dan meneruskan kesinambun­gan nilai murni dan budaya yang menggambar­kan kehidupan kaum Kedayan kerana ia merupakan identiti masyarakat tersebut,” katanya.

Pada majlis itu beliau turut mengumumka­n geran kerajaan sebanyak RM40,000 kepada Persatuan Kedayan Limbang (PKL) dan peruntukan daripada Asfia sebanyak RM10,000.

 ??  ?? KAYA BUDAYA: Awang Tengah (empat kiri) bersama Hasbi (dua kiri), Abu, Asfia, Bashir, Ripin, Sufian, Paulus dan kenamaan lain bergambar bersama pemenang pertanding­an junjung (gerai/pondok) semalam.
KAYA BUDAYA: Awang Tengah (empat kiri) bersama Hasbi (dua kiri), Abu, Asfia, Bashir, Ripin, Sufian, Paulus dan kenamaan lain bergambar bersama pemenang pertanding­an junjung (gerai/pondok) semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia