Utusan Borneo (Sarawak)

Sambutan Hari Pengakap Malaysia 2017 di Taman Negara Kubah meriah

-

KUCHING: Sambutan Hari Pengakap Malaysia 2017 yang diadakan di Taman Negara Kubah, Matang dekat sini semalam mendapat sambutan meriah daripada kalangan pengakap tempatan mahupun dari negara jiran.

Menteri Pelanconga­n, Keseniaan, Kebudayaan, Belia dan Sukan Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, sambutan Hari Pengakap merupakan anjuran Persatuan Pengakap di negara ini dengan penglibata­n Persatuan Pengakap dari negara jiran seperti Brunei dan Indonesia dalam bersama- sama melakukan aktiviti riadah dan kegiatan sihat.

“Saya berasa berbesar hati kerana Sarawak terpilih menjadi tuan rumah bagi sambutan Hari Pengakap Malaysia 2017 Peringkat Kebangsaan.

“Dan hari ini juga kita akan menjayakan program Sarawak ‘Scout Messenger of Peace (MoP) Serapi Climbathon’ buat julung kalinya diadakan di Sarawak,” katanya pada majlis perasmian program berkenaan.

Menurut Karim, slogan ‘Mesengger of Peace’ sangat signifikan dengan peranan ahli pengakap untuk menjadi duta keamanan kepada masyarakat di samping menyampaik­an mesej keamanan untuk mengharmon­ikan hubungan masyarakat yang mempunyai kepelbagai­an bangsa yang terdapat di negeri ini.

“Oleh itu, program anjuran persekutua­n pengakap menjadi salah satu wadah untuk membentuk keperibadi­an mulia khususnya kepada anak-anak muda seperti yang sentiasa dilafazkan setiap ahli pengakapda­lam Persetiaan Pengakap dan Undang-Undang Pengakap,” tambahnya.

Abdul Karim dan isteri,Datin Zuraini Abdul Jabbar turut bersama lebih 1,500 peserta yang hadir terdiri daripada pelbagai peringkat umur, mendaki Gunung Serapi yang berketingg­ian 911 meter tersebut.

Semasa ditemui media, Karim turut menyatakan sokongan kepada persatuan dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) untuk mengadakan program yang bersifat kegiatan sihat seperti mendaki gunung yang dianjurkan Persatuan Pengakap untuk melahirkan generasi yang mempunyai jasmani yang cergas serta mengamalka­n gaya hidup sihat.

“Saya melihat semangat jitu anak-anak muda semasa mendaki gunung tadi cukup menggambar­kan keseronoka­n mereka untuk melibatkan diri dengan masyarakat.

“Di samping itu, mereka diberi pendidikan secara tidak langsung untuk menghargai keindahan alam sekitar dan menggalas tanggungja­wab untuk menjaga khazanahkh­azanah alam semula jadi,” ujarnya.

Terdahulu dalam program yang sama, Ketua Pengakap Negara Tan Sri Datuk Seri Paduka Dr Shafie Mohd Salleh berkata, ahli pengakap perlu mempersiap­kan diri seiring dengan kehendak ker- ajaan melalui Transforma­si Nasional 2050 (TN50) agar peranan Persatuan Pengakap relevan untuk masa kini dan akan datang.

Menurut beliau, aktiviti Persatuan Pengakap bertujuan memupuksem­angatperpa­duan yang tinggi dengan menyemai sikap bertoleran­si dan saling menghormat­i dalam kalangan ahli pengakap bagi melahirkan generasi TN50 yang memiliki jati diri yang unggul.

Turut hadir, Ketua Pesuruhjay­a Pengakap Negara Mejar Jeneral Profesor Datuk Dr Mohd Zin Bidin, Timbalan Ketua Pesuruhjay­a Pengakap Negara Datuk Dr Awang Zainie Suntim, Ketua Pesuruhjay­a Pengakap Negeri Sarawak Sudaryo Osman dan ketua-ketua jabatan.

 ?? — Foto Penerangan ?? MERIAH: Karim (tengah) merakam kenangan bersama peserta sambutan Hari Pengakap Malaysia 2017 di Taman Negara Kubah, Matang.
— Foto Penerangan MERIAH: Karim (tengah) merakam kenangan bersama peserta sambutan Hari Pengakap Malaysia 2017 di Taman Negara Kubah, Matang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia