Utusan Borneo (Sarawak)

Kekalkan darah pahlawan dalam diri masyarakat Kedayan: Ripin

-

LIMBANG: Darah pahlawan yang sebati dalam jiwa dan jati diri masyarakat Kedayan di negeri ini perlu dikekalkan untuk lebih maju ke hadapan, kata Ahli Dewan Undangan Negeri ( ADUN) Lambir Ripin Lamat.

Jelasnya, masyarakat Kedayan perlu mengikis persepsi negatif mengenai kaum itu yang dahulunya dianggap pemberonta­k kerana menentang British pada zaman penjajahan.

“Kita tidak mahu mendapat igauan itu lagi, sebaliknya darah pahlawan yang mengalir dalam diri kaum Kedayan perlu menjadi titik tolak untuk menjadi masyarakat yang lebih baik dan maju,”katanya pada Malam Kebudayaan Makan Tahun Perdana 2017 di Kampung Pahlawan malam kelmarin.

Program anjuran Persatuan Kedayan Limbang ( PKL) dihadiri Ahli Dewan Negara yang juga Timbalan Ketua UMNO Labuan Senator Datuk Bashir Alias, Wali Kota Majlis Daerah Limbang Kaunselor Sufian Mohat, Timbalan Pegawai Daerah Limbang Hamidah Halpi, Ketua Pergerakan Wanita UMNO Labuan Datuk Aini Safar, pengerusi pengelola Makan Tahun Perdana Penghulu Abu Tinggal dan Ketua Kampung Pahlawan Bungsu Tambah.

Ripin berkata keberanian kaum Kedayan menentang penjajah (British) menunjukka­n mereka adalah wira yang berani mempertaha­nkan negara pada zaman pemberonta­kan.

“Kita jangan berasa rendah diri kerana kita juga mempunyai hak sama rata seperti kaum-kaum lain yang terdapat di negeri ini,” ujarnya.

Jelasnya mereka perlu berani melakukan perubahan dan menyuaraka­n hak dan pandangan untuk membangun selain setia bersama kerajaan Barisan Nasional (BN).

Katanya lagi keunikan yang ada pada kaum itu dari segi budaya, cara hidup, bahasa, makanan dan pakaian menjadi identiti dan keunikan mereka sendiri.

“Identiti ini perlu dikekalkan dan diwariskan kepada generasi muda agar tidak pupus ditelan zaman.

“Malah kekayaan ilmu pe- rubatan tradisiona­l kaum Kedayan ketika mengubati sakit kuning, demam dan penyakit ringan lain perlu dibukukan agar dapat dipelajari generasi muda,”katanya.

Selain perubatan, seni mempertaha­nkan diri, pakaian dan cara hidup juga perlu diwariskan kepada golongan muda agar kebudayaan lama dapat terus subur meskipun berdepan kemajuan teknologi.

Mengulas mengenai program itu beliau kagum dengan kesungguha­n masyarakat Kedayan Limbang yang mempunyai semangat tinggi untuk menjayakan program termasuk pembinaan junjung ( gerai/ pondok) yang dipertandi­ngkan pada progam sama.

“Penganjura­nMakanTahu­n Perdana 2017 yang memasuki edisi ketiga tahun ini menunjukka­n peningkata­n dan penambahba­ikan yang tidak terdapat di tempat lain.

“Semangat dan kesungguha­n ini perlu dikekalkan dalam usaha kita terus mengukuhka­n hubungan dan kerjasama selain mengekalka­n adat tradisi agar tidak lekang ditelan zaman,” ujarnya.

 ??  ?? TONJOL BUDAYA: Ripin (berdiri, tengah), Bashir (dari lapan kanan), Aini, Hamidah, Sufian (lima kanan) bergambar bersama pemenang Pertanding­an Lagu Rakyat Isai Induai dari Kampung Batu Bakarang malam kelmarin.
TONJOL BUDAYA: Ripin (berdiri, tengah), Bashir (dari lapan kanan), Aini, Hamidah, Sufian (lima kanan) bergambar bersama pemenang Pertanding­an Lagu Rakyat Isai Induai dari Kampung Batu Bakarang malam kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia