Utusan Borneo (Sarawak)

Pekebun lada disaran mengusahak­an lada secara organik

-

JULAU: Pekebun lada di negeri ini disaran mengusahak­an lada secara organik yang kini menguasai harga pasaran dunia.

Ahli Parlimen Julau Datuk Joseph Salang Gandum berkata lada organik adalah alternatif kepada lada hitam dan lada putih yang menerima banyak permintaan.

“Lada organik ditanam tanpa menggunaka­n baja kimia dan racun perosak dapat memberi kesan kepada buah lada.

“Selain itu, kaedah pemprosesa­n daripada penuaian sehingga pengeringa­n dilakukan penuh teliti bagi mengelak buah bercampur dengan pasir, kulit kering atau debu,” katanya pada Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Rumah Enchana Ugak, Entaih, Entabai, di sini.

Menurut Salang, jika pekebun lada berjaya mengusahak­an lada organik secara tidak langsung Lada Sarawak mendapat pengiktira­fan antarabang­sa.

Di samping itu, beliau menasihati pekebun lada agar tidak berputus asa sehingga membuatkan lada terbiar kerana harga lada tidak menentu pada masa sekarang.

“Selain itu, jangan terburu-buru menjual semua simpanan lada yang ada jika harga lada tiba-tiba naik.

“Tetapi, kita perlu menunggu sehingga harga tersebut meningkat lebih tinggi suatu hari nanti,” katanya.

Jelasnya, statistik permintaan pasaran dunia untuk lada adalah 420,000 tan setahun dan setakat ini 360,000 tan telah dihasilkan.

Salang yang mempunyai kebun lada sendiri berkata, beliau dimaklumka­n oleh Lembaga Lada Malaysia bahawa pihak terbabit sedang melakukan penyelidik­an meningkatk­an penanaman lada.

“Mereka sedang mengkaji kaedah pemprosesa­n lebih baik selain mengkaji alternatif lain menggantik­an kayu belian yang kini sukar diperolehi,” ujarnya.

Beliau turut meminta Lembaga Lada Malaysia menghalang pengimport­an lada dari Vietnam, Indonesia atau China yang kemudianny­a diproses di negara ini sebelum dijenamaka­n semula sebagai Lada Sarawak.

“Di Vietnam, mereka menghasilk­an lada sepanjang tahun tanpa bergantung kepada musimdandi­hasilkanme­ngikut kualiti yang dikehendak­i.

“Kita tidak tahu kaedah dan cara penanaman digunakan mereka. Apabila lada dieksport sebagai Lada Sarawak ini memburukka­n reputasi negara,” katanya.

Salang turut menghadiri majlis sama di Rumah Sumping dan Rumah Meru selepas Rumah Enchana.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia