Utusan Borneo (Sarawak)

Semua rumah ibadat dalam konstituen­si Santubong akan dibantu

-

KUCHING: Semua rumah ibadat yang terletak dalam konstituen­si Santubong akan dibantu menurut keperluan seperti yang termaktub dalam perlembaga­an negara.

Ahli Parlimenny­a Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata pihaknya dengan tangan terbuka menyatakan kesudian bagi merealisas­ikan hasrat tersebut.

“Gereja, masjid, kuil Hindu dan tokong Cina adalah rumah ibadah masyarakat Malaysia dan perlu dijaga dan dibiayai kerana setiap agama membawa masyarakat­nya ke hala tuju yang baik.

“Kita kena membangunk­an kemudahan-kemudahan ini agar masyarakat Malaysia menjadi manusia yang baik dan percaya kepada Tuhan mengikut salah satu prinsip dalam Rukun Negara.

“Saya merealisas­ikan apa yang dikehendak­i kerajaan yang terletak dalam perlembaga­an negara. Ini bukan soal politik, kerana saya menyokong usaha-usaha dan hala tuju yang baik untuk masyarakat tidak kira apa bangsa dan agama mereka.

“Sememangny­a saya berharap kita gunakan gereja dan rumah ibadah sebaik mungkin untuk mendidik anak bangsa kita menjadi manusia yang berguna dan berjaya kelak,” katanya ketika berucap pada Majlis Makan Malam Amal Gereja St Nicholas Bandar Baharu Samariang,” di sini malam kelmarin.

Wan Junaidi yang juga merupakan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar meminta Jawatankua­sa Gereja St Nicholas Bandar Baru Samariang untuk menghantar surat permohonan bagi membaiki tembok gereja tersebut.

Beliau katanya, akan mengadakan perjumpaan dengan Jabatan Kerja Raya (JKR) sejurus selepas mendapat surat permohonan daripada pihak gereja nanti.

Sementara itu, Wan Junaidi turut meluahkan rasa peng- hargaan terhadap kebijaksan­aan dan pengalaman luas Biskop Anglikan Kuching Datuk Bolly Lapok yang akan bersara tidak lama lagi.

Beliau juga telah memberi sumbangan peribadi yang tidak mahu didedahkan berapa jumlahnya kelmarin.

Turut hadir isteri beliau, Datuk Seri Feona Wan Junaidi dan Sub Deacon Gereja St Nicholas Bandar Baharu Samariang Engachok Siong.

 ??  ?? SUMBANGAN: Wan Junaidi meletakkan sumbangan peribadi beliau sambil disaksikan Engachok pada majlis itu kelmarin.
SUMBANGAN: Wan Junaidi meletakkan sumbangan peribadi beliau sambil disaksikan Engachok pada majlis itu kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia