Utusan Borneo (Sarawak)

Taman Cinta bakal jadi destinasi pilihan pasangan bercinta

-

SIBU: Dibina berkonsepk­an suasana romantik, Taman Cinta di Sungai Merah bakal menjadi destinasi pilihan pasangan bercinta di bandar ini.

Malah, taman diusahakan Junior Chamber Internatio­nal (JCI) Sibu menerusi projek ‘Lock The Love’ itu mampu menarik minat pelancong dari dalam dan luar negara meluangkan saat indah bersama pasangan.

Menariknya, pengunjung dapat mengabadik­an cinta mereka dengan meninggalk­an sebuah mangga kunci yang dikuncikan di perkataan ‘LOVE’ seperti dilakukan di Jambatan ‘Pont des Arts’, Sungai Seine, kota cinta, Paris suatu ketika dahulu.

Bangga dengan usaha dilakukan JCI Sibu, Pengerusi Majlis Perbandara­n Sibu (MPS) Datuk Tiong Thai King optimis Taman Cinta ini menjadi salah satu pemangkin kepada perkembang­an industri pelanconga­n di Sibu yang merupakan pintu masuk wilayah tengah Sarawak.

“Taman ini menambah satu lagi destinasi menarik untuk dikunjungi selain Pasar Malam Sibu yang kini sudah berubah wajah apabila melancong ke Sibu.

“Kita yakin taman ini menjadi satu produk pelanconga­n yang menjayakan Tahun Melawat Sibu ( TMS) 2017,” katanya pada Majlis Perasmian ‘Lock The Love Project’ di sini semalam.

Projek itu dijayakan sempena Ulang Tahun Ke-60 JCI Sibu dan meraikan hubungan JCI Sibu bersama JCI Korea, JCI Taiwan, JCI Hong Kong, JCI Filipina serta JCI Kota Kinabalu.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dudong itu berkata, selain usaha JCI Sibu membina Taman Cinta, hubungan yang dibentuk dengan negara luar juga diraikan pada majlis tersebut agar dapat mempromosi­kan bandar ini.

“Kita sedia maklum industri pelanconga­n merupakan sektor penting dalam perkembang­an ekonomi negara kita.

“Sektor pelanconga­n memberi manfaat kepada rakyat dari segi penjanaan pendapatan dan peluang kerja,” katanya.

Terdahulu, Pengerusi Projek ‘Lock The Love’ JCI Sibu Maggie Peh yakin projek tersebut menambah tarikan pelanconga­n di bandar ini.

Katanya, walaupun terdapat masalah sebelum ini namun kerjasama baik antara ahli berjaya menyiapkan projek yang diberi nama Taman Cinta oleh beliau sendiri.

“Saya berharap taman ini menjadi tempat menarik selain kawasan lain di Sibu untuk dikunjungi pelancong serta pengunjung tempatan terutama pasangan muda.

“JCI Sibu juga menganjurk­an pelbagai aktiviti di sini termasuk kempen kebersihan setiap tahun,” katanya.

Hadir sama Presiden JCI Malaysia Nurul Huda Mohd Affandi, Pengerusi Majlis Ulang Tahun Ke-60 JCI Sibu Irene Pet, Pengerusi Alumni Datuk Andrew Wong serta yang lain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia