Utusan Borneo (Sarawak)

Aktiviti melibatkan HDC dibangkit dalam Laporan Audit Negara disiasat

-

KUCHING: Kementeria­n Kerajaan Tempatan dan Perumahan serta Lembaga Suruhanjay­a Perumahan kini sedang menyiasat aktiviti yang dibangkitk­an dalam Laporan Audit Negara baru-baru ini yang turut melibatkan Perbadanan Pembanguna­n Perumahan (HDC) Sarawak.

Setiausaha Tetap Kementeria­n Bakrie Zaini berkata, kementeria­n akan mengambil tindakan sewajarnya berdasarka­n hasil siasatan akhir berkenaan nanti seperti diperuntuk­kan di bawah per- aturan badan berkanun dan disiplin.

“Kementeria­n bersama lembaga suruhanjay­a perumahan kini sedang menyiasat apa yang dibangkitk­an laporan audit berkenaan.

“Tindakan sewajarnya akan diambil berdasarka­n hasil siasatan akhir nanti sebagaima mana peruntukan di bawah peraturan badan berkanun dan disiplin,” katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarka­n di sini, semalam.

Sementara itu sebelum ini Borneo Post dipetik sebagai berkata bahawa Pengerusi PKR Sarawak Baru Bian mahu badan relevan menjawab beberapa isu serius daripada Laporan Ketua Audit Negara termasuk Perbadanan Pembanguna­n Perumahan (HDC) Sarawak.

Baru yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ba’Kelalan berkata, HDC dalam laporan itu mendapati telah membayar RM2.88 juta kepada dua kontraktor bagi kerja-kerja mengecat yang tidak dilaksanak­an.

“Perolehan tertentu yang dibuat tidak dilaksanak­an mengikut peruntukan peraturan. Terdapat bayaran pendahulua­n RM16.06 juta tanpa kebenaran menaik taraf projek di Sibu dan menyebabka­n kerajaan menanggung caj faedah RM1.77 juta.

“Pembayaran sebanyak RM30.40 juta dibuat tanpa pengesahan oleh pegawai itu manakala pembayaran berjumlah RM20.77 juta tidak disokong oleh resit pembayaran,” katanya pada sidang media di pejabat PKR baru-baru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia