Utusan Borneo (Sarawak)

Komited bangun pendidikan awal kanak-kanak

Sarawak turut teliti strategi, pendekatan terbaik tangani isu pendidikan awal kanak-kanak

-

KUCHING: Kerajaan negeri sememangny­a komited membangunk­an pendidikan awal kanak- kanak di Sarawak menerusi pelbagai strategi dan pendekatan yang dilaksanak­an.

Menteri Kebajikan, Kesejahter­aan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembanguna­n Awal Kanak-Kanak Datuk Fatimah Abdullah berkata, kerajaan negeri kini turut meneliti beberapa strategi dan pendekatan terbaik dalam menangani isu berkaitan pendidikan awal kanak-kanak di Sarawak.

“Pada masa kini, kami sedang meneliti dalam melaksanak­an beberapa strategi dan pendekatan untuk menangani isu berkaitan akses, ekuiti dan kualiti penjagaan dan pendidikan awal kanak-kanak kami dan ini adalah tumpuan kami,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Persidan-

Pada masa kini, kami sedang meneliti dalam melaksanak­an beberapa strategi dan pendekatan untuk menangani isu berkaitan akses, ekuiti dan kualiti penjagaan dan pendidikan awal kanak-kanak kami dan ini adalah tumpuan kami.

gan Antarabang­sa Kepimpinan Dalam Pendidikan Awal Kanak- Kanak di Jakarta, Indonesia semalam.

Fatimah memberitah­u, antara inisiatif yang dilaksanak­an oleh kerajaan negeri adalah menubuhkan Majlis Pembanguna­n Pendidikan Awal Kanak-Kanak Sarawak (MPPAKS) pada Jun lalu.

Jelasnya, majlis itu ditubuhkan bagi memastikan usaha membangunk­an pendidikan awal kanak-kanak dapat dilaksanak­an dengan lebih berkesan.

“Sehingga kini, rekod kami menunjukka­n bahawa 81,773 kanak-kanak berusia empat hingga enam tahun mendapatka­n pendidikan awal mereka.

“Statistik daripada Jabatan Pendidikan Sarawak mencatatka­n peratusan tinggi kanakkanak darjah satu telah men- dapatkan pendidikan awal prasekolah,” dedahnya.

Pada 2017, Fatimah berkata, rekod menunjukka­n angka sangat signifikan iaitu 97.2 peratus atau 37,931 kanak-kanak daripada 39,005 kanak-kanak darjah satu telah mendapat pendidikan awal prasekolah.

“Isu akses, ekuiti dan kualiti berkaitan pendidikan dan penyampaia­n pendidikan dan penjagaan awal kanak-kanak di Sarawak sentiasa diambil berat kerajaan negeri,” ujarnya.

Forum Kepimpinan Pendidikan Awal Kanak-Kanak (ECELF) sempena Persidan- gan Antarabang­sa Kepimpinan Dalam Pendidikan Awal Kanak-Kanak di Jakarta itu dianjurkan Universita­s Negeri Jakarta (Indonesia), Persatuan Pendidik Awal KanakKanak Singapura (AECES) dan Persatuan Kebangsaan Pendidikan dan Penjagaan Awal Kanak-Kanak Malaysia (NAEECEM).

 ??  ?? UNTUK ALBUM: Fatimah (enam kiri) merakam kenangan bersama delegasi Persidanga­n Antarabang­sa Kepimpinan Dalam Pendidikan Awal Kanak-Kanak di Jakarta.
UNTUK ALBUM: Fatimah (enam kiri) merakam kenangan bersama delegasi Persidanga­n Antarabang­sa Kepimpinan Dalam Pendidikan Awal Kanak-Kanak di Jakarta.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia