Utusan Borneo (Sarawak)

Kepelbagai­an etnik, latar belakang komuniti pemangkin perpaduan kukuh

-

LONG LAMA: Kepelbagai­an etnik dan latar belakang komuniti menjadi pemangkin kepada perpaduan yang kukuh di kalangan masyarakat setempat di Baram.

Ahli Parlimen Baram Anyi Ngau berkata, perpaduan yang terjalin itu hendaklah dipelihara dengan baik dan masyarakat hendaklah memahami kepentinga­n dasar yang dirancang kerajaan demi kesejahter­aan rakyat.

“Rakyat seharusnya jangan hanya mendengar hasutan dan tohmahan pihak yang tidak bertanggun­gjawab yang sentiasa mencari jalan dan cuba menggagalk­an usaha kerajaan dalam melaksanak­an program termasuk projek pembanguna­n rakyat,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Beliau berkata demikian pada Program ‘Outreach’ Rakan Strategik anjuran Jabatan Penerangan Sarawak Daerah Long Lama yang meliputi kawasan Parlimen Baram di SJK (C) Kee Tee, Long Lama semalam.

Anyi berkata kerajaan sememangny­a komited dalam usaha memaju dan membangunk­an negeri ini terutama di kawasan luar bandar dan hanya tercapai dengan sokongan padu daripada rakyat setempat.

Pada majlis yang dihadiri 250 orang itu, sumbangan ‘touch point’ berupa barang makanan asas telah disampaika­n oleh Anyi kepada lima penerima daripada golongan kurang berkemampu­an.

Salah seorang penerima, Ah Kit turut menerima sebuah kerusi roda yang disumbangk­an oleh Anyi.

Hadir sama Pegawai Tadbir Daerah Telang Usan Ping Anyi Ngau, Penghulu Desmond Yap Cheng Siang yang pengerusi Komuniti 1Malaysia Long Lama dan Pegawai Penerangan Daerah Marudi Joseph James.

 ??  ?? TERIMALAH: Anyi menyampaik­an sumbangan berupa sebuah kerusi roda dan barang makanan asas kepada Ah Kit.
TERIMALAH: Anyi menyampaik­an sumbangan berupa sebuah kerusi roda dan barang makanan asas kepada Ah Kit.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia