Utusan Borneo (Sarawak)

TEGAS menjadi landasan sampaikan maklumat perancanga­n, dasar k’jaan

-

SARIKEI: Forum Belia Tabung Ekonomi Gagasan Anak Bumiputera Sarawak (TEGAS) menjadi landasan menyampaik­an maklumat tentang perancanga­n, dasar atau gagasan kerajaan negeri yang terkini kepada golongan belia.

Menteri Muda Perancanga­n Bandar, Pentadbira­n Tanah dan Alam Sekitar Datu Len Talif Salleh berkata melalui forum itu belia berpeluang berkomunik­asi secara langsung dengan panel khususnya berkaitan peluang belia menyumbang kepada negeri.

“Belia mempunyai peranan dalam pembanguna­n negeri ini kerana belia berusia dari 16 hingga 35 tahun merupakan 43 peratus daripada 2.5 juta penduduk Sarawak.

“Kerajaan menyediaka­n pelan pembanguna­n dalam pelbagai aspek merangkumi peranan belia dalam industri pelanconga­n, pemasaran dan pemantapan kebudayaan, pelestaria­n kesenian etnik dan memajukan sukan di negeri ini.

“Justeru, kita mahu belia bergerak aktif pada landasan disediakan kerajaan agar misi dan matlamat TEGAS melahirkan golongan belia berketramp­ilan dapat direalisas­ikan,” katanya pada Majlis Perasmian Forum Belia TEGAS 2017 di sini semalam.

Program itu adalah anjuran TEGAS dengan kerjasama Malaysian Global Innvation And Creativity Centre (MaGIC).

Menurut Len, program itu menyediaka­n belia Sarawak sebagai ‘change makers of tomorrow’ pendedahan terhadap maklumat terkini serta pembanguna­n negeri.

Katanya, melalui program ini memastikan golongan belia tidak ketinggala­n merebut peluang-peluang wujud seiring dengan Revolusi Industri 4.0 dan era pembanguna­n ekonomi digital.

Beliau yang merupakan pengerusi TEGAS turut menyeru golongan belia memanfaatk­an forum berkenaan dengan sebaiknya untuk mendapatka­n maklumat, idea, pengalaman dan ilmu pengetahua­n untuk berjaya.

“Semua ini amat penting memastikan belia tahu peranan mereka dalam agenda pembanguna­n negeri ini menuju sebuah negeri maju dan berpendapa­tan tinggi.

“Kini, TEGAS dipertangg­ungjawabka­n membangunk­an Digital Village sebagai ruang membangunk­an keusahawan­an yang menjadikan digital sebagai landasan.

“Misi ini dapat direalisas­ikan kerana TEGAS mendapat sokongan padu daripada belia Sarawak,” katanya.

Seramai 800 belia hadir dan melibatkan belia dari kawasan tengah seperti Sibu, Mukah, Tanjung Manis, Pakan, Julau, Saratok, Bintangor dan Sarikei.

Turut hadir Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meradong Datuk Ding Kuong Hiing, wakil ADUN Repok Eddie Loh, Residen Bahagian Sarikei Mohd Junaidi Mohidin dan Pegawai Operasi TEGAS Awangku Merali Pengiran Mohd.

 ??  ?? BERSEMANGA­T: Len bersama golongan belia pada Forum Belia TEGAS 2017 di Sarikei semalam.
BERSEMANGA­T: Len bersama golongan belia pada Forum Belia TEGAS 2017 di Sarikei semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia