Utusan Borneo (Sarawak)

Tingkat penglibata­n wanita sebagai wakil rakyat

Ketika ini hanya Selangor capai peratusan 30 peratus perwakilan wanita sebagai ADUN, Ahli Parlimen

- Oleh Patricia Gari

KUCHING: Penglibata­n wanita sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan Ahli Parlimen perlu dipertingk­atkan serta dipandang serius di peringkat negeri.

Ketua Wanita Parti Keadilan Rakyat (PKR) Zuraida Kamaruddin berkata ketika ini hanya Selangor telah mencapai peratusan 30 peratus perwakilan wanita sebagai ADUN dan Ahli Parlimen.

“Sudah tiba masanya di peringkat negeri termasuk Sarawak memperkena­lkan dasar kerusi (Parlimen atau DUN) untuk wanita, maknanya wakil ( rakyat) bukan berperlemb­agaan dipilih oleh parti menjadi wakil rakyat.

“( Di peringkat) negeri perlu melihat perkara ini lebih serius kerana kerajaan pusat telah gagal melakukann­ya, meletakkan lebih ramai wanita di peringkat Parli- men dan ADUN...Selangor sudah mencapai 30 peratus,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media di Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuching (LTAK) sebelum berlepas pulang ke Kuala Lumpur semalam setelah mengadakan lawatan kerja ke negeri ini sejak Sabtu lalu. Justeru Zuraida yang juga Ahli Parlimen Ampang berkata Kerajaan Negeri Selan- gor menerusi Institut Wanita Berjaya Selangor atau ‘Think Tank’ akan menganjurk­an forum peringkat kebangsaan membincang­kan perkara itu pada 17 Ogos ini di Selangor.

“Forum ini akan diadakan di Selangor dan kita menjemput semua wanita tidak hanya daripada PKR tetapi daripada kumpulan aktivis wanita dan wanita daripada parti-parti politik dari Sarawak.

“Dengan harapan akan lebih ramai perwakilan wanita bertanding pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang,” ujarnya.

Dalam perkembang­an berkaitan, Zuraida berkata satu- satunya cara rakyat Sarawak mendapat autonomi dimahukan ialah dengan menyokong Pakatan Harapan (PH).

“Inilah masanya untuk rakyat Sarawak melakukan perubahan. Ini cara yang lebih cepat untuk mendapatka­n autonomi ini.

“Barisan Nasional ( BN) sudah memerintah lebih 50 tahun, kalau mereka nak bagi ( autonomi) ia seharusnya dilakukan awal dulu lagi,” ujarnya.

Mengenai persiapan PKR Sarawak menghadapi PRU akan datang, Zuraida percaya perancanga­n memfokus kepada beberapa kerusi Parlimen yang akan ditandingi rancak dilakukan bagi memastikan kemenangan di kerusi-kerusi berkenaan.

Sementara itu Pengerusi PKR Sarawak Baru Bian berkata satu jawatankua­sa khas membincang­kan manifesto PRU akan datang, bakal diumumkan sebaik ia dimuktamad­kan.

“Jangan terlalu awal menilai kami (PKR). Jangan mengatakan kami sama seperti BN. Tidak.

“Anda tidak memberi kami peluang untuk memerintah dan manifesto kami adalah janji-janji kami untuk rakyat,” katanya.

Hadir sama Timbalan Ketua PKR Sarawak See Chee How, Ketua Wanita PKR Sarawak Nurhanim Hanna Mokhsen, Naib Ketua Wanita PKR Pusat Voon Shiak Ni dan Ahli Parlimen Miri Dr Michael Teo.

Sudah tiba masanya di peringkat negeri termasuk Sarawak memperkena­lkan dasar kerusi (Parlimen atau DUN) untuk wanita, maknanya wakil (rakyat) bukan berperlemb­agaan dipilih oleh parti menjadi wakil rakyat. Zuraida Kamaruddin Ketua Wanita PKR

 ??  ?? PERLU PERUBAHAN: Zuraida (tengah) pada sidang media di LTAK di Kuching semalam. Turut kelihatan Baru (kiri) dan Voon.
PERLU PERUBAHAN: Zuraida (tengah) pada sidang media di LTAK di Kuching semalam. Turut kelihatan Baru (kiri) dan Voon.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia