Utusan Borneo (Sarawak)

PKR kenal pasti hampir 90 peratus calon berpotensi bertanding PRU14

-

KUCHING: Parti Keadilan Rakyat (PKR) sudah mengenal pasti hampir 90 peratus calon berpotensi untuk bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) akan datang.

Menurut Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar, pemilihan calon itu bukanlah perkara mudah kerana parti itu mengutamak­an calon daripada kalangan orang tempatan, iaitu mereka yang lahir di kawasan diwakili.

“Kita pun tahu, secara pragmatism­e, kita harus berhati-hati dan bukanlah sesuatu yang mudah, namun kita menumpukan kepada pertarunga­n di peringkat Parlimen, walaupun ada juga beberapa kerusi tempatan yang kita minati.

“Tetapi bagi saya, menjelang PRU, pertanding­an di peringkat Parlimen adalah yang paling penting dan tentunya kita akan menampilka­n calon-calon yang berkaliber kerana kita mahu orang tempatan, khususnya diterima oleh pengundi, yang telah berjaya dan kembali untuk menawarkan bakti,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita pada Program Teh Tarik dan Borak Santai di Restoran Aroma Desa, Metrocity, di sini semalam.

Ahli Parlimen Lembah Pantai itu juga mengakui, meskipun bersemanga­t tinggi untuk berkomprom­i dan mencari penyelesai­an satu lawan satu, pihaknya juga mengutamak­an saranan daripada kepimpinan negeri.

Mengulas lanjut mengenai pemilihan calon tersebut, jelasnya, proses rundingan diadakan secara berterusan namun terdapat perbezaan pendekatan antara negerinege­ri Semenanjun­g Malaysia dengan Sabah dan Sarawak.

“Jika di peringkat pusat, kita membawakan kerusikeru­si negeri di Semenanjun­g, kita juga tidak mengganggu gugat kerana perbincang­an rundingan berlangsun­g di peringkat negeri bagi Sabah dan Sarawak, sehubungan itu menghormat­i prinsip autonomi.

“Walaupun demikian, tentunya kita tetap mahu masyarakat tempatan yang akan menjadi wakil, mengikut prinsip dan sebagainya,” jelasnya.

Pada Program Teh Tarik dan Borak Santai anjuran Lawyer Kamek For Change itu, Nurul Izzah berkesempa- tan berkongsi cerita dengan kira- kira 100 orang yang hadir mengenai sejarah awal penglibata­nnya dalam bidang politik.

Nurul Izzah berada di negeri ini sejak kelmarin bagi menghadiri Majlis Silaturahi­m Bersama Keadilan Rumah Terbuka Majlis Pemimpin Negeri (MPN) yang berlangsun­g di pejabat PKR Cabang Petra Jaya, di sini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia