Utusan Borneo (Sarawak)

Pemimpin akar umbi sokong kenyataan Dr Rayong

Mereka menyatakan Dr Rayong mempunyai ‘locus standi’ bercakap mengenai DUN, pengundi, Nyalau

- Oleh Frankie Junau

KUCHING: Para pemimpin akar umbi menekankan bahawa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Engkilili Dr Johnical Rayong Ngipa mempunyai ‘locus standi’ untuk bercakap mengenai DUN, pengundi serta Ahli Parlimen Lubok Antu Datuk William Nyalau Badak.

Mereka ternyata kecewa dengan kenyataan yang dibuat oleh Ketua Penerangan Pemuda Parti Rakyat Sarawak (PRS) Andy Lawrence bahawa Dr Rayong tidak berhak untuk bercakap mengenai Nyalau yang merupakan seorang ahli Majlis Tertinggi PRS.

Penghulu Gerang Ancheh berkata, Dr Rayong berhak bercakap mengenai kawasan pengundiny­a, bukan sahaja kerana beliau adalah ADUN di sana malah seorang pengundi berdaftar di Engkilili berbanding Andy yang berasal dari Kapit.

Beliau menyebut perkara ini dalam satu kenyataan yang dibuat bersama dua ketua lain iaitu Tuai Rumah Johnson Damu dari Skim Skrang dan Tuai Rumah Pindi Gerang dari Empelam.

Gerang berkata, Andy tidak sepatutnya bercakap bagi pihak Barisan Nasional (BN) kerana beliau pernah menentang BN ketika beliau menyokong parti lamanya Parti Pekerja Sarawak (SWP) dan presiden parti itu Larry Sng yang bertanding menentang Nyalau di Lubok Antu pada Pilihan Raya Umum (PRU) 2013.

Pada PRU tersebut, Nyalau berjaya memperoleh 8,278 undi berbanding 4,187 undi untuk Larry Sng manakala Nicholas Bawin Anggat daripada Parti Keadilan Rakyat ( PKR) mendapat 2,530 undi.

“Ketika Andy menentang BN pada 2013, wakil rakyat kami YB Dr Johnical Rayong Ngipa menjadi pengurus kempen pilihan raya di Engkilili yang dilantik oleh YB Datuk William Nyalau dan YB Dr Rayong memain- kan peranan penting untuk memastikan BN menang di Lubok Antu pada 2013,” katanya.

Sementara Johnson yang juga Ketua Penerangan Pemuda Parti Rakyat Bersatu (UPP) Cawangan Engkilili, memberitah­u bahawa Dr Rayong berusaha gigih sewaktu PRU 2013 terutama ketika menangkis janji manis tetapi kosong oleh SWP yang berjanji menyediaka­n insurans hayat kepada pengundi yang menyokongn­ya.

Andy yang merupakan salah seorang anggota yang berkempen untuk Larry tidak pernah menyatakan perkara yang baik mengenai PRS ketika itu tetapi pada akhirnya beliau menolak SWP dan berpaling tadah kepada PRS, tegas Johnson.

Pindi yang juga Timbalan Ketua Pemuda UPP Cawangan Engkilili, berkata Dr Rayong ternyata seorang anggota BN yang tulen dan seperti Nyalau, beliau mengambil berat tentang kebajikan rakyat.

Selain itu, Dr Rayong memang berhak sepenuhnya untuk bercakap mengenai Engkilili kerana beliau adalah penyandang yang menang besar dalam Pilihan Raya Negeri pada Mei 2016.

“YB Rayong memperoleh­i 5,513 undi daripada jumlah pengundi keseluruha­n seramai 7,792 orang. Jadi bagaimanak­ah seseorang yang datang dari luar dan bekas anggota pembangkan­g seperti Andy dapat se- wenang-wenang menyatakan YB tidak ada ‘locus standi,” sindir Pindi.

Pindi berkata dari segi jumlah pengundi atau penyokong BN di Engkilili adalah kumpulan yang disegani selain faktor penentuan di Lubok Antu, katanya.

Lubok Antu mempunyai lebih 20,000 pengundi yang terdiri daripada kira- kira 9,450 pengundi di Batang Ai dan kira-kira 10,700 pengundi di Engkilili.

Jumlah ahli berdaftar UPP dalam kedua-dua kawasan pengundi tersebut turut menjadi faktor penentuan bagi kejayaan BN di Lubok Antu.

Batang Ai mempunyai kira-kira 700 ahli UPP dan 4,850 ahli UPP di Engkilili, kata Pindi.

Andy membuat kenyataan sebelum ini untuk menjawab kenyataan sokongan Dr Rayong kepada Nyalau ekoran khabar angin bahawa PRS mahu mengetepik­an Nyalau bagi memberi laluan kepada wajah baharu untuk bertanding di Lubok Antu.

Ketika Andy menentang BN pada 2013, wakil rakyat kami YB Dr Johnical Rayong Ngipa menjadi pengurus kempen pilihan raya di Engkilili yang dilantik oleh YB Datuk William Nyalau dan YB Dr Rayong memainkan peranan penting untuk memastikan BN menang di Lubok

2013.” Antu pada Gerang Ancheh Penghulu

 ??  ?? GERANG
GERANG
 ??  ?? PINDI
PINDI
 ??  ?? JOHNSON
JOHNSON

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia