Utusan Borneo (Sarawak)

Pengerusi STAR Johnny Bob Aput meninggal dunia

-

KUCHING: Pengerusi Parti Reformasi Negeri Sarawak (STAR) Johnny Bob Aput, 54, meninggal dunia tengah hari kelmarin (Sabtu) dipercayai kerana serangan jantung.

Perkara itu disahkan Presiden STAR Lina Soo menerusi status dimuat naiknya menerusi laman Facebook miliknya malam kelmarin.

Johnny merupakan calon pembangkan­g yang menentang calon Barisan Nasional (BN) Datuk Amar Jamilah Anu dalam pertarunga­n tiga penjuru pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Tanjong Datu pada 18 Februari 2017.

Lina menggambar­kan Johnny atau lebih mesra dengan panggilan Bob dalam kalangan rakan- rakannya tidak pernah mudah mengaku kalah dalam perjuangan politik dan sentiasa bersama parti dalam keadaan senang mahupun susah.

“Mendiang mempunyai cita-cita yang cukup murni untuk rakyat Sarawak yang berbilang kaum iaitu setiap rakyat Sarawak mempunyai ruang dan berhak hidup dalam ruang tersebut, keadilan serta keharmonia­n menerusi parti untuk memberi inspirasi kepada semua,” katanya.

Turut berkongsi kehilangan mendiang, Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sarawak Baru Bian yang menyifatka­n kematianny­a berita sedih kepada pejuang politik seperti beliau.

“Sudah tentu kita merasai bersama perjuangan politik mendiang. Takziah kepada keluarga mendiang dan ia kehilangan besar kepada kita semua,” katanya.

Sementara itu Pengerusi Parti Tindakan Demokratik (DAP) Serian Edward Andrew Luak mengatakan mendiang merupakan kenalan rapat keluargany­a.

“Mendiang dan isteri mengangkat batu kelikir bagi mengisi jalan berlubang menuju ke kebunnya dan tiba-tiba mengadu sakit di bahagian belakang lehernya dan meminta isterinya mengurut bahagian yang sakit itu,” katanya.

Beliau menambah, selepas itu mendiang memandu sendiri pacuan empat roda miliknya untuk pulang ke rumah di Kampung Paun Gahat, Serian dan sebaik tiba di rumah, mendiang jatuh pengsan lalu meninggal dunia.

Tambah Luak lagi, mendiang telah menjalani pembedahan jantung beberapa tahun lalu dan doktor menasihati beliau agar tidak melakukan kerja berat.

Mendiang selamat dike- bumikan semalam di Tanah Perkuburan Kristian Kampung Paun Gahat.

 ??  ?? JOHNNY
JOHNNY
 ??  ?? PENGHORMAT­AN TERAKHIR: Balu mendiang, Marima (tengah) dan anak-anak mereka memberi penghormat­an terakhir kepada Bob sebelum dikebumika­n.
PENGHORMAT­AN TERAKHIR: Balu mendiang, Marima (tengah) dan anak-anak mereka memberi penghormat­an terakhir kepada Bob sebelum dikebumika­n.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia