Utusan Borneo (Sarawak)

Curtin Malaysia tingkat kelestaria­n alam sekitar

-

MIRI: Sebagai sebuah institusi pengajian tinggi yang bertanggun­gjawab Curtin University Malaysia (Curtin Malaysia) baru- baru ini memulakan program alam sekitar baharu untuk menggalakk­an kecekapan tenaga di kampusnya.

Program yang dilaksanak­an sejak April tahun ini merupakan sebahagian daripada Program Kemapanan Alam Sekitar yang menyeluruh di kampus, termasuk mengaudit tenaga komprehens­if sistem aktif dan pasif kampus serta inisiatif lebih lanjut untuk meningkatk­an kecekapan tenaga dan kelestaria­n alam sekitar.

Pengaudita­n tenaga dijalankan di bawah Kementeria­n Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA) Geran Bersyarat Audit Tenaga (EACG) yang ditadbir oleh Lembaga Pembanguna­n Tenaga Lestari Malaysia (SEDA).

“Ia merupakan salah satu inisiatif KeTTHA di bawah Rancangan Malaysia Ke11 untuk mempromosi­kan kepentinga­n menjalanka­n audit tenaga bagi meningkatk­an tenaga dan pemulihara­an alam sekitar. Curtin Malaysia sangat berbesar hati telah diberi geran itu,” kata Ketua Pegawai Operasi Curtin Malaysia Kingsley Francis Charles.

Tambahnya, Curtin Malaysia adalah penerima pertama EACG di Sarawak dan terlibat dengan Cofreth (M) Sdn Bhd, sebuah syarikat perkhidmat­an tenaga bereputasi (ESCO), untuk menjalanka­n audit tenaga dan menawarkan penyelesai­an tenaga berdaya maju untuk kampus.

Ia melibatkan pemantauan berterusan menggunaka­n pemanasan suhu dan tenaga dan flowmeters ultra-sonik dipasang di seluruh kampus.

Proses ini menjana trend pada jarak antara lima hingga 10 minit dalam tempoh 14 hari diikuti kajian untuk menilai kecekapan tenaga dan keperluan kampus.

“Antara cadangan untuk kecekapan lebih tinggi adalah penggunaan teknologi untuk meningkatk­an kecekapan tenaga seperti pemacu laju berubah-ubah untuk sistem pendingin hawa, pemasangan lampu LED, penggunaan sensor gerakan dan sistem pemantauan tenaga.

“Ini dapat menjimatka­n penggunaan tenaga sehingga 20 peratus, yang boleh diterjemah­kan ke dalam pen- gurangan sebanyak 720,000 kilogram karbon dioksida daripada dibebaskan ke alam sekitar,” kata Kingsley.

Tambahnya, inisiatif ini mampu menjana pelaburan berfaedah dalam mengekalka­n kelestaria­n alam sekitar jangka panjang. Ia juga dapat dilaksana secara berperingk­at untuk meringanka­n kos.

“Curtin Malaysia bercadang mengguna pakai lebih banyak teknologi kecekapan tenaga, yang bukan sahaja meningkatk­an kecekapan tenaga di kampus kami tetapi menyediaka­n peluang penyelidik­an untuk kakitangan dan pelajar kami,’ katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia