Utusan Borneo (Sarawak)

MBM menaik taraf, pelihara kawasan sungai di Miri

-

MIRI: Majlis Bandaraya Miri (MBM) bakal melaksanak­an projek jangka panjang menaik taraf serta memelihara kawasan sungai di Miri serta menjadikan­nya sungai angkat.

Datuk Bandar Miri Adam Yii berkata projek ini merupakan cetusan idea daripada Miri Local Agenda 21 (LA21) dengan kerjasama Kolej Komuniti Miri.

“Projek jangka panjang dilaksanak­an melalui tiga fasa akan bermula dengan gotongroyo­ng membersih kawasan sekitar, membersih sungai serta menanam pokok bunga yang bersesuaia­n.

“Fasa kedua adalah membuat landskap yang bersesuaia­n dengan membina jambatan serta tembok penghadang hakisan sungai.

“Manakala fasa ketiga melibatkan pembinaan pondokpond­ok rehat serta taman permainan kanak- kanak,” katanya ketika ditemu bual pemberita semasa Projek Usaha Sama Komuniti Sungai Angkat Miri LA21 bersama Kolej Komuniti Miri di Kuala Sungai Lutong di sini, semalam.

Turut hadir Pengarah Kolej Komuniti Miri Fadil Aziz, Pengerusi Kumpulan Kerja Pelaksanaa­n Kawalan Pencemaran Sungai-Sungai di Miri, Miri LA21 Joseph Uyo dan Timbalan Pengerusi Kumpulan Kerja Pelaksanaa­n Kawalan Pencemaran SungaiSung­ai di Miri, Miri LA21 Julaiha Jumal.

Adam mengucapka­n terima kasih kepada pelajar kursus Rekaan Dalaman Kolej Komuniti Miri atas idea kreatif mereka bentuk lakaran projek naik taraf Kuala Sungai Lutong.

“MBM berharap kawasan ini kelak mampu menjadi tumpuan bagi aktiviti rekreasi komuniti, kawasan taman permainan kanak-kanak dan tempat riadah seisi keluarga,” katanya.

Pada majlis itu seramai 200 pelajar institusi pengajian tinggi ( IPT) terdiri daripada Kolej Komuniti Miri, Insititut Kemahiran Belia Negara (IKBN), Institut Latihan Perindustr­ian (ILP) dan Cahaya Educationa­l and Training Academy (CETA) menyertai aktiviti bergotong-royong di Kuala Sungai Lutong.

Dalam ucapan pada majlis tersebut, Adam turut menggesa pelajar IPT belajar mengenai kepentinga­n menjaga alam sekitar agar sentiasa dalam keadaan bersih.

“Di MBM kami mengajar penduduk setempat untuk mengurangk­an penggunaan plastik kerana jika kita lihat plastik yang dibuang tidak akan lupus malah ia telah mencemarka­n sungai kita.

“Demi kepentinga­n masa depan dan alam sekitar, kita perlu mula mengurangk­an dan mengguna semula plastik sedia ada,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia