Utusan Borneo (Sarawak)

Seramai 204 pelajar CHMS No.1 hadiri Kem Pemimpin Belia

-

KUCHING: Seramai 204 pelajar Sekolah Menengah Chung Hua (CHMS) No.1 di sini menghadiri Kem Pemimpin Belia selama tiga hari anjuran bersama Kumpulan Syarikat Emart dan pihak sekolah.

Seramai 300 ibu bapa pelajar yang menyertai program tersebut telah menghadiri majlis penutupan yang diadakan di dewan sekolah berkenaan di Jalan Pending di sini, semalam.

Menurut seorang jurucakap Kumpulan Syarikat Emart, acara serupa akan dibawa untuk memberi manfaat kepada pelajar di Kanowit dan Miri sebelum akhir bulan ini.

Kem Pemimpin Belia sep- erti ini dianjurkan Emart untuk memenuhi sebahagian tanggungja­wab sosial korporat (CSR) pihaknya.

“Kami percaya pembinaan watak dan panduan yang tepat untuk menghasilk­an pemimpin berkualiti untuk masa depan,” katanya ketika ditemui di luar dewan sekolah semalam.

Kem tiga hari itu memberi tumpuan kepada membentuk keupayaan peserta untuk menghadapi cabaran, memupuk semangat berpasukan, meningkatk­an komunikasi, menjaga tingkah laku dan menghormat­i orang di sekeliling mereka, mengejar impian mereka dan menjadi individu yang bertanggun­gjawab.

Pihaknya berasakan bahawa ia telah menjadi tanggungja­wab untuk mengadakan kem sedemikian bagi menggalakk­an lebih ramai pelajar sekolah percaya mereka berupaya menjadi pemimpin masa depan yang berjaya dan bertanggun­gjawab,” katanya.

Beliau menambah bahawa inisiatif itu telah memberi manfaat kepada lebih 10,000 pelajar berusia antara 12 dan 18 tahun di seluruh negeri Sarawak.

Bagi sekolah-sekolah yang berkemungk­inan berminat untuk mengadakan program yang sama digalakkan untuk menghubung­i talian 0138379632 (Steven Chai).

 ??  ?? AKTIVITI: Antara aktiviti yang dijalankan pihak Emart pada hari terakhir Kem Pemimpin Belia yang untuk pelajar CHMS No.1 semalam.
AKTIVITI: Antara aktiviti yang dijalankan pihak Emart pada hari terakhir Kem Pemimpin Belia yang untuk pelajar CHMS No.1 semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia