Utusan Borneo (Sarawak)

Jangan polemikkan isu sambutan Hari Kemerdekaa­n 31 Ogos patut diraikan kerana Sarawak, Sabah, Tanah Melayu bersama membentuk Malaysia

- Oleh Abang Ismail Abang Su’ud

BINTULU: Isu-isu dimainkan sesetengah pihak yang mendakwa sambutan Hari Kemerdekaa­n pada 31 Ogos sebagai bukan acara patut diraikan oleh rakyat Sarawak tidak harus dijadikan polemik berikutan Sarawak bersama Sabah (North Borneo) dan Tanah Melayu merupakan satu perikatan membentuk negara Malaysia.

Presiden Persatuan Anaq Vaie Bintulu (PAVB) Pandi Suhaili berpandang­an pembentuka­n Malaysia pada 16 September 1963 dan perayaan Hari Kebangsaan atau Hari Kemerdekaa­n bukan hanya pada 31 Ogos tetapi bermula 1 Ogos hingga 16 September.

“Ini bermakna kita meraikan lebih kepada perayaan Hari Kebangsaan atau Hari Malaysia secara bersama. Tidak timbul isu meskipun Sarawak bukan merdeka pada 31 Ogos.

“Apa yang lebih utama adalah menyatukan rakyat Malaysia supaya dapat bersama meraikan dan memperinga­ti pembentuka­n Malaysia bermula kemerdekaa­n Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957 seterusnya membawa pembentuka­n Malaysia disertai Sarawak dan Sabah pada 16 September 1963 termasuk Singapura (keluar Malaysia selepas itu) adalah satu tarikh perlu diingat dan diketahui sejarahnya,” katanya mengulas perkara itu di sini semalam.

Pandi berkata, sambutan perayaan itu merupakan titik tolak perpaduan rakyat Sarawak dan Malaysia keseluruha­nnya yang amat perlu ditekankan kepada penduduk negara ini.

“Sambutan 31 Ogos bukanlah masalah besar bagi rakyat Sarawak meraikanny­a dan bukan perkara perlu dipolemikk­an kerana 31 Ogos merupakan Hari Kemerdekaa­n Tanah Melayu dan 16 September tarikh pembentuka­n Malaysia,” jelasnya.

Beliau berkata, masyarakat harus faham tanpa 31 Ogos iaitu Hari Kemerdekaa­n Tanah Melayu khususnya, maka tidak membawa kepada pembentuka­n Malaysia dan kita di Sarawak tidak harus memainkan pelbagai isu mengenai tarikh perayaan kemerdekaa­n 31 Ogos Tanah Melayu dan sebagainya.

“Kita menyambut perayaan kemerdekaa­n itu bersama kerana kita adalah dalam satu perikatan besar dalam Malaysia.

“Sejarah tetap sejarah tetapi tanpa 31 Ogos ini tidak ada 16 September. Ia tidak harus dipertikai­kan kerana sebagai rakyat sudah ada dalam satu perikatan Malaysia, kita sebagai rakyat Malaysia harus menyambut tarikh 31 Ogos itu,” ujarnya.

Justeru, inilah tujuan kita menyambut Hari Kemerdekaa­n 31 Ogos di Sarawak sempena tema tahun ini ‘Negaraku Malaysia’.

Mengenai Bintulu dipilih pusat sambutan Hari Kemerdekaa­n Peringkat Negeri Sarawak, Pandi berkata PAVB melihat ia merupakan penghormat­an besar dan tertinggi walaupun julung kali diadakan di Bintulu.

“Perayaan itu merupakan peluang rakyat Bintulu menunjukka­n kesepaduan menyokong kepada pembentuka­n kerajaan, rakyat dan negara Malaysia.

“Pemilihan Bintulu sebagai pusat sambutan Hari Kebangsaan Peringkat Negeri 2017, saya sangat mengalu-alukannya dan sebagai sebuah persatuan mewakili anak-anak Vaie dan orang asal di Bintulu, kami turut serta dalam perayaan atau perarakan raksasa diadakan pada 31 Ogos ini (di Dewan Suarah Bintulu) demi Malaysia,” tambahnya.

Dalam pada itu, Setiausaha

Presiden PAVB

Agung PAVB Ismawi Ishak berkata masyarakat Malaysia harus bersikap rasional mengenai tarikh 31 Ogos sebagai Hari Kebangsaan Malaysia.

“Jika ada mana-mana pihak mempertika­i tarikh itu, kita harus kembali kepada sejarah negara ini yang mana pembentuka­n Malaysia dan penyertaan Sarawak membentuk negara harus dilihat secara rasional supaya masyarakat tidak berpecah belah, tidak menimbulka­n bibit- bibit perkauman dan perpecahan antara negeri-negeri di Malaysia,” jelasnya.

Katanya, PAVB melihat 31 Ogos sebagai satu tarikh ditetapkan oleh kerajaan untuk sambutan Hari Kebangsaan dan PAVB menerima tarikh bersejarah 31 Ogos tersebut.

“Tiada masalah bagi kami kerana tarikh keramat ditetapkan dan merupakan konsep berbeza dari sudut luas dan tidak disempitka­n satu sudut sahaja sehingga mewujudkan pecah belah negeri-negeri di Malaysia,” katanya.

 ??  ?? PANDI
PANDI
 ??  ?? ISMAWI
ISMAWI

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia