Utusan Borneo (Sarawak)

Pembudayaa­n gaya hidup sihat melalui acara larian

-

BINTULU: Pembudayaa­n gaya hidup sihat melalui acara larian sempena sambutan Hari Kemerdekaa­n Peringkat Negeri mendapat sambutan memberangs­angkan termasuk dari Brunei Darussalam dengan penyertaan mencecah hampir 700 orang malam kelmarin.

Presiden Persatuan Anaq Vaie Bintulu (PAVB) Pandi Suhaili berkata program anjuran PAVB itu mendapat sambutan begitu menggalakk­an khususnya daripada ahli Persatuan Anaq Vaie dengan sasaran masyarakat Bintulu dapat bersatu menjayakan program kemerdekaa­n dan sebagai menyahut seruan kerajaan.

Beliau berkata, berikutan sambutan baik itu program itu akan diteruskan dan sebuah pertubuhan Cina iaitu Gabungan Persatuan Cina Berdaftar (FORCA) Bintulu turut menyatakan keinginan bekerjasam­a dengan PAVB menganjurk­an acara larian seperti itu pada masa depan.

“PAVB menyambut baik cadangan kerjasama itu dan ada peserta dari Brunei tertarik dengan acara itu mencadangk­an PAVB dan Pentadbira­n Bahagian Bintulu menganjurn­ya bersama Kerajaan Negara Brunei Darussalam pada masa akan datang.

“Ini akan dibincangk­an dan kami mengalu-alukan kerjasama seumpamany­a untuk kemajuan sukan di negeri dan negara ini,” katanya ketika ditemui pada acara ‘Merdeka Fun Run’ sejauh 5km yang disempurna­kan Menteri di Pejabat Ketua Menteri (Integriti dan Ombudsman) Datuk Talib Zulpilip di sini malam kelmarin.

Turut hadir Residen Bahagian Bintulu Muhamad Yakup Kari, Timbalanny­a Hamdiah Bakir, Pegawai Daerah Bintulu Mataip Sayu, Angelyn Kho mewak- ili Naim Land Sdn Bhd dan ahli PAVB.

Program yang mendapat kerjasama Pejabat Daerah Bintulu dengan sokongan Kelab Berbasikal Jepak, Naim Land Sdn Bhd serta Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Bintulu itu adalah sempena sambutan Hari Kemerdekaa­n Ke-60 Peringkat Negeri Sarawak berpusat di Bintulu.

Dalam pada itu, Setiausa- ha Agung PAVB Ismawi Ishak berterima kasih kepada peserta yang menyertai dan menjayakan program anjuran PAVB tersebut.

Katanya, acara itu diadakan bertujuan memperkuku­h hubungan silaturahi­m dan perpaduan dalam kalangan masyarakat di sini serta Sarawak dan negara amnya.

Beliau berkata acara itu memberi ruang kepada masyarakat tanpa mengira agama dan bangsa berhimpun dalam aktiviti sihat.

Selain larian itu, acara lain turut diadakan ialah Fun Ride disertai peserta dari Bintulu dan luar iaitu Kuching, Miri, Sibu serta Brunei Darussalam.

Acara Fun Ride sejauh 25km disertai sekitar 200 peserta telah dilepaskan sekitar jam 7.30 pagi di venue sama oleh Pegawai Daerah Bintulu Mataip Sayu serta Temenggung Datuk Barry Yek dan Pandi sambil disaksi Pemanca Datuk Dr Francis Toh dan Ketua Kaum Abu Bakar Abdul Razak pagi semalam.

 ??  ?? SEDIA: Talib menyempurn­akan pelepasan acara ‘Fun Run’ untuk larian santai sejauh 5km.
SEDIA: Talib menyempurn­akan pelepasan acara ‘Fun Run’ untuk larian santai sejauh 5km.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia