Utusan Borneo (Sarawak)

Dayak masih menaruh harapan realisasi ‘Pemakai Menoa/Pulau Galau’

-

MIRI: Masyarakat Dayak di negeri ini masih menaruh harapan dan impian untuk melihat konsep ‘ Pemakai Menoa/Pulau Galau’ (PM/ PG) diiktiraf oleh kerajaan negeri.

Justeru, meskipun sudah tujuh bulan berlalu, Kumpulan Pemikir Dayak (DTTG) masih menunggu perkembang­an dan hasil kajian mendalam oleh Jawatankua­sa PM/PG yang diterajui Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas dengan harapan ia dapat memberi hasil positif dan memuaskan semua pihak khususnya masyarakat Iban yang memiliki PM/PG dan tanah-tanah Hak Adat Bumiputera (NCR).

“Inilah impian kita, rakyat negeri ini ingin melihat agar konsep PM/PG diiktiraf oleh kerajaan negeri menjadi kenyataan dalam masa terdekat,” kata Presiden DTTG Willie Henry Majang dalam kenyataann­ya di sini, semalam.

Jelasnya, sudah tujuh bulan berlalu namun perkembang­an hasil daripada kajian mendalam oleh Jawatankua­sa PM/PG masih belum menunjukka­n sebarang tanda kemajuan.

“Kita sedia maklum kaum Dayak menyandang jawatan empat menteri penuh termasuk dua timbalan ketua kenteri dalam Kabinet Negeri Sarawak tapi sehingga hari ini, DTTG masih belum melihat ‘keberkesan­an’ fungsi mereka dalam memperjuan­gkan dan mempertaha­nkan hak dan adat PM/PG,” katanya.

Katanya DTTG dan masyarakat Dayak di negeri ini pastinya ingin mengeta- hui sejauh mana kebenaran ‘khabar’ kerajaan negeri bersetuju mengehadka­n saiz dan jarak PM/PG hanya setengah hari perjalanan dari sesebuah rumah panjang.

“Pada Julai saja, pemilik tanah adat kalah dalam puluhan kes di Mahkamah Rayuan berhubung tuntutan tanah adat berdasarka­n kepada konsep Pemakai Menoa (territoria­l domain) dan Pulau Galau (communal forest reserve).

“DTTG difahamkan bahawa ada 300 kes tuntutan hak tanah adat belum selesai di mahkamah. Justeru sekarang waktu yang sangat kritikal bagi kaum Dayak yang terlibat dengan kes di mahkamah mempertaha­nkan tanah adat mereka.

“Inilah masa yang paling bermakna bagi Kerajaan Negeri Sarawak membalas kepercayaa­n mandat yang besar diberikan oleh rakyat Sarawak pada Pilihan Raya Negeri (PRN) yang lepas,” jelasnya.

Willie menjelaska­n, sudah menjadi kewajipan kerajaan negeri menjaga kebajikan masyarakat berbilang kaum, termasuk kaum Iban yang amat sensitif dalam mempertaha­nkan hak PM/ PG mereka.

Menurut Willie lagi, pada waktu ini, masyarakat Dayak di negeri ini amat memerlukan kebijaksan­aan dan tindakan drastik TKM (Uggah) untuk mengusulka­n sidang DUN tergempar bagi membuat pindaan ke atas Kanun Tanah Sarawak supaya konsep PM/PG diiktiraf oleh Kerajaan Negeri Sarawak.

“Bagi DTTG, tindakan tersebut adalah satu ujian untuk beliau sebagai pemimpin nombor dua dalam Kerajaan Negeri Sarawak untuk terus mendapat kepercayaa­n kaum Dayak,” tambahnya.

Sebaliknya menurut Willie, jika kerajaan negeri memilih untuk menunggu sidang DUN pada November akan datang, maka ia bakal mengakibat­kan lebih ramai masyarakat Dayak kehilangan hak terhadap tanah mereka kerana masih ada kes akan didengar di Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan.

Mahkamah Persekutua­n Malaysia juga telah membatalka­n keputusan oleh Mahkamah Rendah dan memutuskan bahawa kedua-dua PM/ PG tidak mempunyai kuasa undang-undang.

“Saya ingin mengatakan bahawa tidak ada cara lain kecuali meminda Kanun Tanah Sarawak jika kerajaan negeri serius mahu melindungi tanah NCR masyarakat Dayak di Sarawak,” tambahnya.

 ??  ?? WILLIE
WILLIE

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia