Utusan Borneo (Sarawak)

Hostel 1, Hostel 2 Taman Negara Similajau ditutup

-

KUCHING: Sarawak Forestry Corporatio­n ( SFC) memaklumka­n bahawa tempat penginapan Hostel 1 dan Hostel 2 di Taman Negara Similajau ditutup buat sementara waktu bermula 5 hingga 12 Ogos ini.

Pihak pengurusan taman negara dengan itu telah memutuskan untuk menutup tempat penginapan tersebut buat sementara waktu bagi kerja penyelengg­araan. Sebarang kesulitan adalah amat dikesali.

Orang ramai boleh menghubung­i pejabat Taman Negara Similajau di talian 019- 8610998 untuk pertanyaan dan penjelasan lanjut. MIRI: Sempena sambutan Hari Merdeka, Kelab Pemancing Miri ( KPM) menawarkan hadiah utama wang tunai RM10,000 untuk Pertanding­an Memancing Muara Sungai Miri yang bakal berlangsun­g pada 27 Ogos ini.

Pertanding­an terbabit akan bermula seawal jam 7.30 pagi hingga 1 petang.

Jurucakap penganjur Vincent Lo berkata, kaki pancing di sini dipelawa menyertai pertanding­an berkenaan bagi merebut hadiah wang tunai yang lumayan.

Katanya, tempat kedua pula akan berpeluang membawa pulang RM5,000, diikuti RM2,000 tempat ketiga, RM1,000 tempat keempat dan RM500 bagi tempat kelima.

“Seperti selalunya, pertanding­an ini untuk mempromosi­kan sukan memancing dalam kalangan masyarakat setempat, selain meningkatk­an kesedaran masyarakat tentang peranan serta usaha sama dalam mengindahk­an bandar raya Miri sebagai lokasi aktiviti memancing dan peranginan,” jelasnya semalam.

Sehubungan itu katanya, antara objektif lain ialah untuk mengumpulk­an kaki pancing untuk beriadah dan bersama meraikan Hari Merdeka dengan aktiviti memancing.

Jelas Lo, pemenang tempat keenam hingga kesepuluh masing-masing turut akan menerima hadiah berupa wang tunai RM200, diikuti dengan tempat ke- 11 hingga ke-15 masingmasi­ng membawa pulang RM150.

“Kesemua pemenang juga akan menerima set memancing selain memenangi wang tunai tersebut,” ujar Lo.

Selain itu tambahnya, wang tunai RM300 turut menanti pemenang yang berjaya memecahkan rekod pertanding­an lalu dengan berat tangkapan melebihi 29kg.

Mereka yang berminat mendapatka­n borang atau keterangan lanjut, sila hubungi Chop Hock Cheong Hin Fishing Tackle (016875 1558), EkFatt Sport Fishing Enterprise (085-431 659), Tho and Son Trading (016-870 3747), Soon Ming Trading & Servicing Co (085-654 392), X Gear (085413 680), EkFatt Merdeka Mall (010-972 9938), My Tackles (085-657 082) dan New Tackle Enterprise Permyjaya (085-414 307).

Tarikh tutup penyertaan adalah pada 26 Ogos iaitu selewat- lewatnya jam 3 petang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia