Utusan Borneo (Sarawak)

Wujudkan badan penasihat raja-raja

Terdiri daripada pakar dalam hal ehwal agama Islam, sosioekono­mi

-

PUTRAJAYA: Sebuah badan pengurusan struktur perlu diwujudkan sebagai penasihat kepada Yang di- Pertuan Agong dan Majlis Raja- Raja, yang terdiri daripada pakar-pakar dalam hal ehwal agama Islam dan sosioekono­mi semasa.

Cadangan itu dilontarka­n Pengerusi Panel Perunding Perpaduan Ummah Majlis Dakwah Negara ( PPPUMDN) Tan Sri Dr Abdul Aziz Abdul Rahman memandangk­an ketika ini tiada badan penasihat khusus untuk kedua-dua institusi yang menjadi tunjang negara itu.

“Perlu ada badan yang boleh menasihat Raja-raja supaya Raja-raja boleh menjalanka­n kuasa yang ada dengan sempurna,” katanya pada sesi dialog sempena Konvensyen Memperkuku­h Pasak Negara: Ke Arah Wasiat Lebih Tersurat di sini semalam.

Di peringkat negeri pula, Abdul Aziz berkata fungsi majlis agama juga perlu dibahagika­n kepada dua, iaitu hal ehwal keagamaan dan hal ehwal sosioekono­mi orang Islam.

Beliau berkata berdasarka­n kajian yang dijalankan­nya, peranan Raja sebagai ketua agama Islam negeri terbahagi kepada dua perkara berkenaan dan bukan hanya tertumpu kepada soal agama sahaja.

“Malangnya ketika ini skop tugas itu tertumpu kepada agama sahaja, jadi saya cadangkan fungsi majlis agama dibahagika­n kepada dua iaitu hal ehwal keagamaan dan hal ehwal sosioekono­mi orang Islam,” kata Abdul Aziz.

Malangnya ketika ini skop tugas itu tertumpu kepada agama sahaja, jadi saya cadangkan fungsi majlis agama dibahagika­n kepada dua iaitu hal ehwal keagamaan dan hal ehwal sosioekono­mi orang Islam. Tan Sri Dr Abdul Aziz Abdul Rahman Pengerusi PPPU-MDN

Sementara itu, dalam kertas prosiding bertajuk Perlembaga­an Malaysia: Peranan dan Bidang Kuasa Raja- raja, beliau berkata kuasa dan peranan tertinggi yang dipegang oleh Rajaraja sebagaiman­a termaktub dalam Perlembaga­an Perse- kutuan dan negeri-negeri serta perundanga­n negara, tidak difahami oleh rakyat.

“Tentang apakah peranan dan kuasa Raja-Raja sebahagian besar daripada orang ramai tidak tahu.

“Adalah juga jelas bahawa oleh kerana tidak banyak aktiviti melibatkan kegunaan kuasa Raja-raja, orang ramai tidak berkesempa­tan memerhati dan mengambil berat dalam hal ini,” katanya.

Oleh itu, Abdul Aziz berkata keadaan ini perlu diubah dengan tegas dan segera bagi mengembali­kan kegemilang­an dan kesempurna­an hasrat Raja-raja memandangk­an negara sudah mencapai kemerdekaa­n selama hampir 60 tahun. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? PENERANGAN: Rais membentang­kan hujahnya pada sesi bertajuk Institusi Raja Sebagai Pasak Negara pada Konvensyen Memperkuku­h Pasak Negara: Ke Arah Wasiat Lebih Tersurat di sebuah hotel terkemuka di Putrajaya semalam.
— Gambar Bernama PENERANGAN: Rais membentang­kan hujahnya pada sesi bertajuk Institusi Raja Sebagai Pasak Negara pada Konvensyen Memperkuku­h Pasak Negara: Ke Arah Wasiat Lebih Tersurat di sebuah hotel terkemuka di Putrajaya semalam.
 ??  ?? ABDUL AZIZ
ABDUL AZIZ

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia