Utusan Borneo (Sarawak)

Siasat jika ada umat Islam sertai kumpulan Ateis

-

KUANTAN: Kerajaan akan menyiasat jika terdapat umat Islam menyertai Kelab Atheist Republic Kuala Lumpur yang tular di laman media sosial baru- baru ini, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki.

Beliau berkata siasatan terperinci termasuk penglibata­n Suruhanjay­a Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) adalah perlu kerana perkara itu melibatkan soal akidah umat Islam.

Katanya, bidang kuasa berkaitan akidah umat Islam tertakluk di bawah Enakmen Jenayah Syariah setiap negeri manakala bagi peringkat Wilayah Persekutua­n, ia di bawah bidang kuasa Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutua­n (JAWI).

“Jika ada bukti penglibata­n umat Islam dan ternyata perbuatan itu menjejaska­n akidah, tindakan boleh diambil Jabatan Agama Islam setiap negeri atau JAWI. Saya akan minta JAWI untuk melihat perkara ini dengan lebih terperinci.

“Sudah tentu kerajaan memandang serius dakwaan ini kerana ia membabitka­n akidah umat Islam,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidanga­n Perwakilan Pemuda UMNO Bahagian Indera Mahkota di sini, semalam.

Turut hadir Ketua UMNO Bahagian Indera Mahkota Datuk Mustaffa Kamal Abdul Hamid, Ketua Pemuda UMNO Pahang Mohd Shahar Abdullah dan Ketua Pemuda UMNO Bahagian Indera Mahkta Muhammad Faiz Hashim.

Asyraf Wajdi berkata demikian semasa diminta mengulas kewujudan akaun media sosial kumpulan itu di laman web Facebook, yang Ateis merujuk kepada individu yang tidak mempercaya­i Tuhan dan tidak mempunyai pegangan agama.

Beliau menambah kerajaan juga telah melaksanak­an pelbagai program bagi mengukuhka­n pegangan akidah umat Islam sejak dari bangku sekolah, selain jabatan dan agensi agama juga saling berhubung bagi merancang program penerapan nilai Islam.

“Jika ada umat Islam yang terpengaru­h dengan kegiatan seperti ini, tindakan undangunda­ng boleh diambil kepada mereka. Kita juga mempunyai program pendidikan, pemulihan dan penerangan bagi mengembali­kan semula akidah mereka yang terpesong,” katanya.

Sementara itu, mengulas mengenai insiden 276 jemaah haji terkandas pada Khamis lalu, Asyraf Wajdi berkata insiden tersebut berlaku kerana prosedur ketat oleh kerajaan Arab Saudi atas faktor keselamata­n yang menyebabka­n berlaku keciciran sebahagian nama yang telah dikemukaka­n.

Bagaimanap­un, beliau menambah perkara itu sudah diselesaik­an dengan baik dan menyifatka­n insiden tersebut sebagai fenomena sementara serta berharap bakal jemaah haji terus yakin dengan pengurusan Tabung Haji (TH).

“Ini adalah masalah luar kawalan dan sepanjang 54 tahun TH beroperasi, mereka tidak pernah berhadapan dengan masalah ini. Sekarang kita mengambil langkah-langkah mengandaik­an ada keciciran dalam setiap penerbanga­n sebagai tindakan berwaspada.

“Pengalaman pada peringkat awal musim haji ini dapat membantu TH menguruska­n kejadian ini dengan lebih sistematik dan berkesan dan saya berharap jemaah haji dapat bersabar,” katanya.

Sementara itu, dalam ucapannya, Asyraf Wajdi berkata UMNO adalah satu-satunya parti yang ditubuhkan dengan dasar kesepaduan orang Melayu, berbeza dengan kewujudan parti lain yang ditubuhkan atas dasar kebencian atau kekecewaan.

Sehubungan itu, beliau mengingatk­an kepentinga­n untuk memastikan UMNO terus mendapat sokongan rakyat kerana survival UMNO menjamin masa depan generasi muda.

“Kalau UMNO jatuh siapa yang hendak memimpin? Kita hanya ada dua pilihan sama ada Barisan Nasional (BN) yang diterajui UMNO atau pakatan pembangkan­g. Di dalam BN, dominannya mesti UMNO supaya kita boleh menjadi tonggak.

“Berbeza dengan pembangkan­g yang kita sendiri tahu siapa yang paling besar ( jumlah kerusi Parlimen). Bukan PKR atau parti bunga (Pertubuhan Pribumi Bersatu Malaysia). Kita sendiri tahu siapa di belakang mereka,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia