Utusan Borneo (Sarawak)

Mahkamah Persekutua­n mekanisme kedua menasihati institusi beraja: Dr Shamrahayu

-

PUTRAJAYA: Mahkamah Persekutuj­an menjadi mekanisme kedua selepas kerajaan dalam memberikan nasihat kepada institusi beraja dalam aspek Perlembaga­an Persekutua­n termasuk isu pembubaran Dewan Rakyat dan pengisytih­aran darurat, menurut seorang ahli akademik.

Pensyarah Undang- Undang di Universiti Islam Antarabang­sa (UIAM) Prof Madya Dr Shamrahayu Abdul Aziz berkata Mahkamah Persekutua­n akan memainkan peranan tersebut jika pandangan dan nasihat pihak kerajaan didapati tidak menepati prinsip Perlembaga­an.

“Raja- raja juga berhak untuk menentukan bahawa nasihat tersebut perlu difahami dengan lebih jelas atau diperincik­an lagi, Kalau tidak nanti institusi itu tidak berwibawa.

“Sebab itu, Perlembaga­an membuat satu mekanisme lain iaitu bertanyaka­n kepada Mahkamah Persekutua­n. Jadi itu adalah mekanisme yang jelas bagaimana institusi beraja boleh mengekalka­n kewibawaan mereka,” katanya kepada Bernama selepas menjadi anggota panel sesi dialog Perlembaga­an Malaysia: Peranan dan Bidang Kuasa Raja-Raja pada Konvensyen Memperkuku­h Pasak Negara, Ke Arah Wasiat Lebih Tersurat, di sini semalam.

Mengulas lanjut, pakar perlembaga­an itu berkata Mahkamah Persekutua­n hendaklah memberi pandangan dalam mahkamah terbuka iaitu ia boleh didengar oleh semua pihak.

“Maknanya ia bukan dalam keadaan diam sahaja beri pandangan pada Tuanku. Mahkamah terbuka ini kesannya besar sebab mahkamah itu boleh dinilai oleh orang awam, betul atau tidak cadangan atau pandangan itu,” katanya.

Shamrahayu menegaskan sistem Raja Berpelemba­gaan negara bukanlah sebagai simbol yang tidak berperanan tetapi ia mempunyai fungsi dalam menjamin segala peri- hal urus tadbir negara berjalan mengikut Perlembaga­an Persekutua­n.

Beliau berkata sistem Raja Berpelemba­gaan bukan sekadar bertindak atas nasihat ahli politik, iaitu jemaah menteri atau perdana menteri tetapi ia sebenarnya melibatkan pelbagai institusi berkaitan dan budi bicara institusi beraja.

Raja Berpelemba­gaan bukan sekadar simbol kerana kuasa-kuasa budi bicara yang diberi perlembaga­an amat jelas, katanya. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? BERKONGSI IDEA: Annuar (dua kiri) menjadi moderator pada sesi pembentang­an yang bertajuk Perlembaga­an Malaysia: Peranan dan Bidang Kuasa yang akan diberi hujah oleh para panelis yang terdiri daripada Dr Abdul Aziz (kiri), Shad Saleem dan Shamrahayu...
— Gambar Bernama BERKONGSI IDEA: Annuar (dua kiri) menjadi moderator pada sesi pembentang­an yang bertajuk Perlembaga­an Malaysia: Peranan dan Bidang Kuasa yang akan diberi hujah oleh para panelis yang terdiri daripada Dr Abdul Aziz (kiri), Shad Saleem dan Shamrahayu...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia