Utusan Borneo (Sarawak)

Majlis Raja-Raja perlu aktif pantau tanah rizab Melayu

-

PUTRAJAYA: Majlis RajaRaja Melayu perlu memainkan peranan aktif, berterusan dan berkesan memantau penguatkua­saan Kanun Tanah Negara dan Dasar Perumahan Negara bagi memastikan tanah rizab Melayu tidak berkuranga­n jumlahnya demi kelangsung­an penguasaan dan pemilikan orang Melayu terhadap tanah tumpah darah mereka.

Perkara itu adalah antara 11 resolusi Konvensyen Memperkuku­h Pasak Negara: Ke Arah Wasiat Lebih Tersurat yang diserahkan kepada Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Datuk Seri Syed Danial Syed Ahmad.

Pengerusi Jawatankua­sa Pembentang­an konvensyen itu, Tan Sri Dr Nordin Kardi, berkata perlunya diwujudkan satu badan di setiap kerajaan negeri untuk memantau penggunaan tanah rizab Melayu di negeri-negeri berkenaan.

Selain itu, katanya, syarat penukaran status tanah rizab Melayu untuk aktiviti pembanguna­n perlu diperketat­kan, selain gantian tanah tersebut yang dibatalkan statusnya untuk tujuan pembanguna­n dengan tanah rizab yang baharu.

“Sesuatu tindakan perlu diambil terhadap kerajaan negeri yang tidak menggantik­an tanah rizab Melayu yang dibatalkan statusnya,” katanya ketika membentang­kan resolusi itu pada konvensyen tersebut, di sini semalam.

Nordin berkata, resolusi turut menyatakan hutan simpanan yang belum diteroka perlu ditukarkan statusnya kepada tanah rizab Melayu, selain pemantauan berkala dibuat untuk memastikan tanah rizab Melayu tidak dibatalkan statusnya dengan sewenang-wenangnya.

Katanya tanah rizab Melayu juga perlu diletakkan di dalam program wakaf untuk memastikan status tanah tersebut tidak ditukarkan selain memastikan ia kekal menjadi milik orang Melayu.

“Kemudahan perlu diberikan kepada rakyat yang sukarela menukar status tanah persendiri­an kepada tanah rizab Melayu bagi meningkatk­an saiz tanah rizab Melayu,” katanya.

Selain itu, katanya, konvensyen turut merumuskan supaya ditubuhkan sebuah Institut Perundinga­n Diraja di bawah Penyimpan Mohor Besar RajaRaja dan dianggotai pakar-pakar yang berupaya menyampaik­an nasihat secara objektif, bebas dan berkecuali.

Menurutnya institut itu akan berperanan meneliti dasar-dasar negara daripada pelbagai sudut, menyelidik fakta sedalamdal­amnya dan menganalis­is secara objektif berlandask­an kebenaran akan segala perkara yang dipersemba­hkan kepada Raja-raja.

Nordin berkata institut itu berperanan memberikan pandangan ikhlas berasaskan ilmu dan nasihat yang seimbang serta penuh ketelitian kepada Majlis Raja-Raja Melayu demi kesejahter­aan rakyat dan kepentinga­n negara yang lebih besar, selain bertindak memantau dan mengkaji keberkesan­an pelaksanaa­n sesuatu titah. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia