Utusan Borneo (Sarawak)

Rukun Negara perlu dijadikan undang-undang: Rais

-

PUTRAJAYA: Rukun Negara mesti dijadikan undangunda­ng kerana ia merupakan tiang kepada falsafah kenegaraan, kata Penasihat SosioBuday­a Kerajaan Tan Sri Dr Rais Yatim.

Beliau berkata, pada hari ini segelintir pihak tidak memandang tinggi terhadap raja- raja kerana perkara kedua dalam Rukun Negara iaitu ‘Kesetiaan Kepada Raja dan Negara” tidak dilembagak­an.

“Rukun Negara hanya dilafazkan setahun sekali (ketika Hari Kebangsaan) dan tidak dijadikan sebagai sukatan pelajaran kini,” katanya.

Rais berkata demikian kepada pemberita selepas menjadi panelis dalam sesi bertajuk Institusi Raja Sebagai Pasak Negara pada hari terakhir Konvensyen Memperkuku­h Pasak Negara - Ke Arah Wasiat Lebih Tersurat di sini semalam.

Jelas beliau, Perkara 40 Perlembaga­an Persekutua­n yang dipinda pada 1993 dan 1994 ketika kepimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad yang menjadikan raja-raja Melayu wajib mendengar nasihat kerajaan, perlu dilihat semula.

Pada asalnya, Perkara 40 menyatakan raja sekadar mendengar nasihat kerajaan, katanya, namun pindaan menjadikan raja wajib mendengar nasihat itu.

“Kalau raja wajib dengar nasihat, raja juga harus persoalkan bagaimana nasihat mereka kepada kerajaan.

“Nasihat hanya satu hala, daripada kerajaan kepada raja tapi tidak daripada raja kepada kerajaan,” katanya.

Rais berkata, pindaan kepada Perkara 40 Perlembaga­an Persekutua­n mewujudkan perbincang­an satu hala sedangkan dalam Islam perlu ada musyawarah.

“Perlu dilihat balik cara ini kerana Perkara 3 Perlembaga­an Persekutua­n menyatakan Islam menjadi agama rasmi,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia