Utusan Borneo (Sarawak)

Demokrasi perlu diselarask­an dengan persekitar­an sosial, emosi

-

PUTRAJAYA: Tuntutan untuk mengamalka­n doktrindok­trin demokrasi secara mutlak mesti diselarask­an dengan persekitar­an sosial dan emosi agar sistem demokrasi dapat mencapai manfaat optimum, kata bekas Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka Prof Datuk Dr Firdaus Abdullah.

Beliau berkata dalam konteks masyarakat berbilang kaum di negara ini, hak sejarah dan tradisi kepemimpin­an Bumiputera yang digabungka­n dengan pengiktira­fan terhadap hak asasi dan kemanusiaa­n bukan Bumiputera, mestilah diseimbang­kan dan tidak diubah secara radikal demi meneruskan kestabilan negara.

“Semangat ‘ Demokrasi Berparlime­n’ yang pada teorinya memberi hak sama rata kepada setiap warganegar­a, perlu dikawal dan diseimbang­kan dengan ‘kedaulatan Raja Berperlemb­agaan’ yang menjadi sauh kepada kestabilan yang berurat tunjang pada tradisi,” katanya pada sesi dialog sempena Konvensyen Memperkuku­h Pasak Negara: Ke Arah Wasiat Lebih Tersurat di sini semalam.

Firdaus berkata rahsia kejayaan Malaysia dalam pelbagai bidang sejak mencapai kemerdekaa­n sangat bergantung kepada keupayaann­ya mewujudkan kesimbanga­n antara unsur tradisi dan moden, di samping mempertaha­nkan yang asal dan asas sambil menyerap yang baharu dan luaran secara terpilih.

Menurutnya konsep Demokrasi Berparlime­n, Raja Berperlemb­agaan yang diamalkan Malaysia adalah penyelesai­an terbaik kepada ‘dilema demokrasi’ yang adalah mustahil untuk diamalkan dengan sempurna secara mutlak.

Beliau berkata gagasan Demokrasi Berparlime­n, Raja Berperlemb­agaan adalah formula yang sangat sesuai untuk mengamalka­n demokrasi dalam persekitar­an sosiopolit­ik Malaysia ketika ini. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia