Utusan Borneo (Sarawak)

MSU meraikan 1,871 graduan tamat pengajian

-

SHAH ALAM: Universiti Pengurusan dan Sains (MSU) mengadakan sambutan gilang-gemilang penuh istiadat bagi meraikan graduan yang telah berjaya menamatkan pengajian dalam pelbagai peringkat pengajian di Dewan Canselor MSU, semalam.

Seramai 1,871 graduan diraikan dalam tiga sidang majlis konvokesye­n mengikut fakulti dan pusat pengajian masing-masing sepanjang dua hari yang akan berakhir hari ini (7 Ogos).

Sultanah Kedah Darul Aman Tuanku Haminah Hamidun selaku Canselor MSU, berkenan bercemar duli berangkat ke MSU bagi mengurniak­an ijazah-ijazah kepada graduan pada hari pertama Majlis Konvokesye­n Ke-21 MSU.

Turut hadir Presiden MSU Profesor Tan Sri Datuk Wira Dr Mohd Shukri Ab. Yajid.

Sebanyak 35 graduan dianugerah­kan ijazah doktor falsafah, 42 graduan dianugerah­kan ijazah sarjana, 883 graduan menerima ijazah sarjana muda dan seramai 911graduan menerima diploma masing-masing pada majlis konvokesye­n kali ini.

MSU turut menganuger­ahkan Anugerah Ijazah Kehormat Doktor Sains Farmaseuti­kal ( Honorary Doctorate in Pharmaceut­ical Science) kepada Presiden Josai Internatio­nal University (JIU) dari Jepun Profesor Dr Kenji Sugibayash­i.

Penganuger­ahan ini adalah pengiktira­fan terhadap kepimpinan dan sumbangan beliau dalam memacu perkembang­an JIU dalam bidang pendidikan di peringkat serantau dan antarabang­sa.

Manakala lima kategori anugerah khas graduan cemerlang turut diberikan kepada 59 graduan atas pencapaian mereka dalam bidang masing-masing.

Anugerah tersebut adalah Anugerah Pingat Emas Canselor, Anugerah Presiden Mohd Shukri Yajid, Anugerah Kecemerlan­gan, Anugerah Akademik dan Anugerah Industri.

Turut diraikan adalah graduan sulung bagi pro- gram Ijazah Sarjana Sains Bioperubat­an dan Diploma Kejurutera­an Mekanikal.

Antara penerima Anugerah-anugerah khas pada Majlis Konvokesye­n Ke-21 MSU ialah Anugerah Pingat Emas Canselor Mohamad Azmirul Hazny Abd Hafiz, Sarjana Muda Pengurusan Pelaburan (Kepujian)

Manakala penerima Anugerah Presiden: Wan Farah Wan Ibrahim, Sarjana Muda Sains Bioperubat­an ( Kepujian) dan Danish Haikal Asman, Diploma Multimedia.

Sementara itu, Muhammad Isa Al-Wafa Zulakmal, lulusan Sarjana Muda Perubatan dan Sarjana Muda Pembedahan dianugerah­kan Anugerah Kecemerlan­gan Mohd Shukri Yajid.

Selain itu, seramai 35 graduan telah menerima Anugerah Akademik dan 20 graduan menerima Anugerah Industri.

MSU merupakan antara universiti terbaik di Malaysia dengan memfokuska­n kepada penawaran programpro­gram pengajian untuk melahirkan modal insan berkualiti dan memenuhi keperluan global serta menerapkan elemen pembelajar­an alaf ke-21.

Sepanjang lebih tiga dekad yang lalu, MSU memperoleh pelbagai pengiktira­fan sama ada dari dalam mahupun luar negara.

Antaranya ialah ‘The Most Entreprene­urial Private University’ daripada Kementeria­n Pendidikan Tinggi Malaysia, ‘BrandLaure­ate Best Brand in Education for Leadership and Human Capital Developmen­t’ serta mendapat penarafan lima bintang dalam QS 2016 bagi pengajaran, k e b o l e h - pasaran, kemud a h a n , t a n g - gungjawab sosial dan i n k - lusif.

K a - j i a n P e n g e - s a n a n Graduan Kementeria­n Pengajian Tinggi Malaysia turut menyaksika­n tahap kebolehpas­aran graduan MSU berada pada tahap 98.6 peratus iaitu tertinggi di kalangan institusi pengajian tinggi di Malaysia.

Sementara itu, fasa terkini pembanguna­n kampus MSU yang terdiri daripada MSU Medical Centre dan MSU Hibiscus: The Residence pula bakal menyediaka­n kemudahan moden dan serba lengkap kepada warga MSU serta melengkapi peranannya sebagai antara institusi pengajian tinggi terbaik di Malaysia.

MSU Medical Centre bakal menyediaka­n kemudahan latihan klinikal kepada para pelajar perubatann­ya serta pertama dimiliki oleh universiti swasta di Malaysia.

Manakala MSU Hibiscus – The Residence pula menyediaka­n kemudahan penginapan kepada para pelajar MSU.

Majlis Konvokesye­n Ke21 MSU turut menyaksika­n perasmian MSU The Hub iaitu fasiliti terbaharu di MSU oleh Canselor MSU Tuanku Haminah Hamidun.

 ??  ?? CEMERLANG: Penerima Anugerah Pingat Emas Canselor Mohamad Azmirul Hazny Abd Hafiz bersama ibu bapanya. TAMAT PENGAJIAN: Wajah ceria graduan MSU. KENANGAN: Shukri bersama para penerima anugerah khas pada Majlis Konvokesye­n ke-21 MSU TAHNIAH: Anugerah...
CEMERLANG: Penerima Anugerah Pingat Emas Canselor Mohamad Azmirul Hazny Abd Hafiz bersama ibu bapanya. TAMAT PENGAJIAN: Wajah ceria graduan MSU. KENANGAN: Shukri bersama para penerima anugerah khas pada Majlis Konvokesye­n ke-21 MSU TAHNIAH: Anugerah...
 ??  ?? PENGIKTIRA­FAN: Anugerah Ijazah Kehormat Doktor Sains Farmaseuti­kal kepada Profesor Dr Kenji Sugibayash­i.
PENGIKTIRA­FAN: Anugerah Ijazah Kehormat Doktor Sains Farmaseuti­kal kepada Profesor Dr Kenji Sugibayash­i.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia