Utusan Borneo (Sarawak)

IPD Hulu Terengganu sasar 3,000 anggota VSP

-

KUALA BERANG: Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hulu Terengganu menyasarka­n seramai 3,000 pengguna akan mempunyai aplikasi Volunteer Smartphone Patrol (VSP) di daerah berkenaan sehingga hujung tahun ini bagi menyalurka­n maklumat berkaitan jenayah.

Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, DSP Mohd Adli Mat Daud berkata sehingga kini, seramai 1,000 pengguna telefon pintar telah berdaftar dengan aplikasi berkenaan sebelum ia dilancarka­n secara rasmi di daerah itu semalam.

“Orang ramai kini boleh menyampaik­an maklumat secara cepat dan pantas serta boleh mengemukak­an buktibukti seperti gambar dan video di kawasan berlakunya kegiatan jenayah.

“Maklumat ini juga akan dihantar terus ke pusat iaitu di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman dan tindakan pantas daripada petugas di bawah akan dapat dilaksanak­an segera dengan adanya aplikasi ini.

Pengguna VSP juga turut dilindungi butiran peribadi mereka... dan tidak akan didedahkan sebagai pemberi maklumat,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Penutup Taklimat Ancaman Daesh Terhadap Negara di sini, semalam. Tambah Mohd Adli, VSP boleh dimuat turun secara percuma melalui aplikasi Google Play dan App Store pada telefon pintar masing-masing.

“Untuk berkongsi maklumat dengan aplikasi ini, orang ramai perlu mendaftar sebagai anggota VSP terlebih dahulu dan bagi mereka yang telah mendaftar sebagai Rakan Cop sebelum ini akan terus diserap masuk sebagai anggota VSP.

“Bagi mereka yang baru dengan aplikasi ini, boleh ke laman web https://www.rmp. gov.my/program-pdrm/volunteer-smartphone-patrol(vsp)/pelaksanaa­n-vsp untuk manual penggunaan kerana turut diterang satu- persatu mengenai aplikasi ini,” katanya lagi. — Bernama DUNGUN: Kementeria­n Pertanian dan Industri Asas Tani akan membentuk jawatankua­sa bagi menjalanka­n siasatan terperinci berhubung insiden bot karam sehingga menyebabka­n empat nelayan hilang dalam kejadian Rabu lepas.

Menterinya Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata jawatankua­sa itu akan dianggotai Jabatan Perikanan, Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM), Persatuan Nelayan Kebangsaan (NEKMAT) dan syarikat insurans.

Katanya, jawatankua­sa itu juga akan mengkaji dan melakukan penambahba­ikan terhadap Skim Insurans Berkelompo­k yang dicarum oleh nelayan menerusi elaun yang diterima mereka setiap bulan.

“Laporan itu kita akan dapatkan secepat mungkin untuk dibentangk­an pada mesyuarat kabinet,” katanya selepas menziarahi anggota keluarga mangsa bot karam di Kuala Dungun, di sini, semalam.

Dalam kejadian 2 Ogos lepas, empat nelayan dikhuatiri lemas selepas bot gentian kaca yang dinaiki mereka ke jeti Kuala Dungun terbalik dipukul ombak dalam kejadian pada kira-kira jam 10 malam.

Mangsa yang masih hilang ialah Che Mohd Afendi Che Ismail, 34; Mohamad Zawawi Mohamed, 27, dan Abdul Wahab Zakaria, 44. Seorang lagi mangsa Mohd Shahrin Yaccob, 33, berjaya menyelamat­kan diri selepas tiga jam berenang ke daratan manakala mayat abangnya Mohd Nazri Yaccob, 37, ditemui kira-kira jam 8.50 pagi Jumaat.

Ahmad Shabery berkata skim insurans itu perlu dikaji semula berikutan hanya seorang sahaja daripada lima mangsa tersebut dilindungi insurans. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia