Utusan Borneo (Sarawak)

Lapan pelajar Mahad Tahfiz nyaris terkorban dalam kebakaran

-

BALING: Lapan pelajar lelaki Maahad Tahfiz Al- Quran Wartabiyya­tul Islamiah di Telok Teduri di sini nyaris maut apabila tingkat atas bangunan tiga tingkat maahad tahfiz itu terbakar awal pagi semalam.

Kesemua pelajar berumur antara 12 hingga 20 tahun itu bernasib baik apabila seorang daripada mereka Muhammad Aniq Haradie Mohd Zaki, 18, menyedari kejadian itu selepas terjaga untuk ke bilik air di tingkat bawah kira-kira jam 2 pagi.

“Semasa saya turun terdengar bunyi letupan kecil sebelum bekalan elektrik terputus, saya naik seorang diri ke tingkat tiga untuk melihat apa berlaku dan terkejut melihat hampir keseluruha­n tingkat atas yang menempatka­n sebuah dewan pelajar dan bilik stor sudah terbakar,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Sehubungan itu, Muhammad Aniq berkata dia bergegas turun semula ke tingkat dua yang mana bilik asrama mereka ditempatka­n dengan menjerit untuk mengejutka­n rakan- rakannya lain yang sedang tidur untuk segera keluar menyelamat­kan diri.

Katanya, api marak terlalu cepat disebabkan terdapat sebuah bilik stor yang menyimpan tilam dan bantal pelajar di tingkat atas berkenaan hingga menyebabka­n keseluruha­n bumbung serta siling musnah.

“Mujur Allah (SWT) pelihara kami semua, kalau tidak kami semua mungkin tiada lagi di dunia ini, syukurlah kami diberi masa dapat terus menghafal al-Quran di sini.

Kami semua kini ditempatka­n sementara di surau sebelum kerja-kerja membaiki bangunan dijalankan,” katanya.

Katanya, maahad tah- fiz berkenaan turut menempatka­n beberapa tenaga pengajar yang menetap di sebuah rumah yang terletak bersebelah­an bangunan selain pelajar.

Sementara itu, Pegawai Perhubunga­n Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Penguasa Bomba Mohamad Mustakim Mukhtar berkata pihaknya menerima panggilan orang awam pada jam 2.04 pagi sebelum bergegas ke lokasi yang terletak 10 kilometer dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Baling.

“Pasukan seramai 15 anggota tiba di lokasi pada jam 2.15 pagi dan mendapati tingkat atas bangunan maahad tahfiz itu terbakar sebelum kerja-kerja pemadaman (api) dilakukan,” katanya.

Beliau berkata api berjaya dikawal sepenuhnya jam 2.27 pagi manakala punca serta jumlah kerugian masih dalam siasatan. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia