Utusan Borneo (Sarawak)

Lelaki Indonesia cedera parah ditetak

-

GEORGE TOWN: Seorang lelaki warga Indonesia cedera parah selepas ditetak sekumpulan lelaki dipercayai rakan senegarany­a dalam pergaduhan di kawasan padang pangsapuri Blok 86, Relau di sini, awal pagi semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 2.20 pagi itu, mangsa dikenali sebagai Bisrun, 23, mengalami kecederaan parah di beberapa bahagian badan terutama belakang badan dan mengalami pendarahan teruk selepas ditetak dengan sabit.

Jurucakap polis berkata kejadian itu disedari seorang penduduk yang tinggal di kawasan berkenaan selepas terdengar bunyi bising berhampira­n padang di pangsapuri itu.

“Lelaki itu kemudianny­a turun untuk melihat apa yang terjadi dan terkejut apabila mendapati tiga lelaki bertopi keledar bersenjata­kan sabit serta tali pinggang sedang membelasah mangsa.

“Bagaimanap­un, saksi itu mendakwa tidak dapat mengecam wajah semua suspek terbabit tetapi berdasarka­n percakapan dipercayai mereka berasal dari Indonesia,” katanya di sini, semalam.

Jurucakap polis itu berkata selepas menetak dan membelasah mangsa, tiga lelaki berkenaan kemudianny­a melarikan diri dan mangsa dihantar ke Hospital Pulau Pinang (HPP) untuk rawatan lanjut.

Katanya mangsa kini masih berada dalam keadaan kritikal serta tidak sedarkan diri dan doktor akan melakukan pembedahan segera untuk menyelamat­kannya.

“Setakat ini, motif kejadian belum diketahui dan polis akan mengambil keterangan daripada mangsa selepas dia sedar,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Timur Laut, ACP Anuar Omar ketika dihubungi mengesahka­n menerima laporan berhubung kejadian terbabit dan kes disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan.

Katanya, siasatan awal mendapati kes itu bukan bermotifka­n samun kerana tiada barang mangsa yang hilang dan setakat ini polis turut mengesan rakan karibnya yang dipercayai boleh membantu siasatan. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia