Utusan Borneo (Sarawak)

‘Skuad lipan bara’ bantu jemaah di Masjidil Haram

Tunjuk arah ke maktab penginapan atau ke tempat ibadah

-

MEKAH: Unit Peronda Tabung Haji ( TH) akan memastikan jemaah haji Malaysia ‘ melalui laluan yang betul’ agar boleh beribadah dengan tenang serta selesa, terutamany­a di Masjidil Haram.

Menggelark­an diri sebagai ‘skuad lipan bara’, pasukan berkenaan yang dianggotai 17 petugas akan membantu jemaah haji yang tersasar daripada kumpulan apabila selesai mengerjaka­n ibadah di masjid agung itu untuk pulang ke maktab penginapan sekitar Mekah.

Pasukan peronda itu yang ditempatka­n di lapan lokasi sekitar Masjidil Haram boleh dikenali melalui pakaian seragam mereka yang berseluar hitam, kemeja-T merah serta topi merah – gabungan warna yang hampir menyamai lipan bara yang diketahui cukup berbisa.

Ketua Unit Peronda 1438 Hijrah, Wan Shamshol Husin berkata antara tugas utama pasukan berkenaan ialah menunjukka­n arah kepada jemaah haji sama ada bagi tujuan pulang ke maktab penginapan ataupun ketika hendak melakukan ibadah dalam Masjidil Haram.

“Unit ini dianggotai Polis Bantuan Tabung Haji, Polis Diraja Malaysia (PDRM), dan Kor Agama Angkatan Tentera (KAGAT).

“Antara cabaran dihadapi adalah dalam kalangan jemaah sudah berumur dan keadaan kesihatan tidak mengizinka­n. Kita akan memastikan mereka dalam keadaan selamat semasa beribadah,” katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat TH Mekah di sini.

Beliau berkata anggota unit itu bertugas 24 jam dan dibahagika­n kepada tiga syif dari 7 pagi hingga 2 petang; 2 petang hingga 10 malam, dan 10 malam hingga 7 pagi keesokanny­a.

Pada tahun ini, 30,200 jemaah haji Malaysia akan berada di Tanah Suci untuk mengerjaka­n ibadah haji.

Sementara itu, seorang anggota unit itu, Koperal Zahisan Zahari, 43, berkata beliau akan memikul tanggungja­wab sebaik mungkin bagi memastikan keselamata­n

Antara cabaran dihadapi adalah dalam kalangan jemaah sudah berumur dan keadaan kesihatan tidak mengizinka­n. Kita akan memastikan mereka dalam keadaan selamat semasa beribadah. Wan Shamshol Husin Ketua Unit Peronda 1438 Hijrah

jemaah haji Malaysia semasa berada di Tanah Suci.

“Ketika bertemu dengan jemaah, antara ditanya adalah di mana maktab penginapan mereka.

Kami akan mengenali mereka melalui lanyard (tali penyandang lencana pengenalan diri) yang dipakai jemaah dan menunjukka­n arah pulang ke maktab penginapan masingmasi­ng,” katanya.

Beliau yang merupakan anggota cawangan trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Serdang, berkata kebanyakan jemaah yang tersasar terdiri daripada mereka yang kali pertama datang ke Tanah Suci.

“Bila selesai melakukan umrah wajib dalam kumpulan, ada dalam kalangan jemaah yang berpecah dan tersasar daripada kumpulan. Ketika itulah mereka tidak tahu mencari jalan pulang ke maktab penginapan.

“Maka, di sinilah anggota Unit Tabung Haji yang bukan sahaja memantau pergerakan jemaah, tetapi membantu membawa mereka yang sakit ke pusat rawatan dan hal-hal kebajikan yang lain,” katanya. Menurutnya, kebanyakan kes jemaah tersasar adalah selepas mengerjaka­n umrah wajib. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? SOKONGAN: Hishammudd­in bersama para Perwakilan melaungkan ‘Hidup UMNO’ ketika menghadiri Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Tanjung Malim di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Trolak dekat Tanjung manis, semalam.
— Gambar Bernama SOKONGAN: Hishammudd­in bersama para Perwakilan melaungkan ‘Hidup UMNO’ ketika menghadiri Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Tanjung Malim di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Trolak dekat Tanjung manis, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia