Utusan Borneo (Sarawak)

Dua beradik hidap batuk kokol diasingkan dua minggu

-

SUNGAI SIPUT: Dua beradik warga asing yang dilaporkan menghidap batuk kokol atau pertussis di Keningau, Sabah kini diasingkan dalam tempoh dua minggu untuk memastikan penyakit itu tidak disebarkan pada orang lain, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S. Subramania­m.

Beliau berkata, selain mengasingk­an pesakit masingmasi­ng berusia dua tahun tujuh bulan dan 11 bulan itu, pihak kementeria­n juga melakukan vaksinasi di kawasan terlibat.

“Kami akan memeriksa status imunisasi penduduk di kawasan berkenaan dan memastikan mereka divaksinas­i jika belum berbuat demikian dan memastikan dua kanak-kanak ini diasingkan supaya tidak tersebar pada orang lain dan sehingga pihak kami yakin risiko penyebaran­nya sudah tiada, biasanya tidak lebih dua minggu,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyempurn­akan majlis peletakan batu asas Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Heawood di sini, semalam.

Kelmarin, Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah dalam kenyataann­ya memberitah­u dua beradik itu yang sedang dirawat di Hospital Keningau menghidap batuk kokol kerana tidak pernah mendapatka­n imunisasi penyakit berkenaan.

Menurut Dr Noor Hisham, pertussis adalah penyakit cegahan vaksin yang disebabkan bakteria bordetella pertussis dan disebarkan melalui udara semasa pesakit bersin atau batuk dan menjangkit­i mulut, hidung serta tekak.

Ia boleh menjangkit­i se- mua orang tanpa mengira usia namun bayi dan kanakkanak yang tidak mendapat imunisasi lengkap adalah golongan paling berisiko tinggi untuk dijangkiti.

Berhubung projek sekolah itu, Dr Subramania­m yang juga presiden MIC berkata sekolah yang dibina di atas tanah seluas kira-kira 2.42 hektar itu dijangka siap hujung tahun depan.

Katanya, SJKT itu adalah yang ke-529 di negara ini dan dibina dengan kos RM12.5 juta serta mampu menampung sehingga 600 murid.

“Sekolah itu yang akan memulakan operasinya pada 2019 mempunyai 12 bilik darjah dengan setiap darjah akan ada dua kelas yang dilengkapi dengan kemudahan seperti yang telah digariskan oleh Kementeria­n Pendidikan,” katanya. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? RASMI: S Subramania­m (empat kanan) melakukan upacara meletak batu asas pada Majlis Peletakan Batu Asas Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Heawood di Sungai Siput, semalam. Sekolah yang dibina di atas tanah seluas kira-kira 2.42 hektar itu dijangka...
— Gambar Bernama RASMI: S Subramania­m (empat kanan) melakukan upacara meletak batu asas pada Majlis Peletakan Batu Asas Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Heawood di Sungai Siput, semalam. Sekolah yang dibina di atas tanah seluas kira-kira 2.42 hektar itu dijangka...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia