Utusan Borneo (Sarawak)

Petani disaran libatkan diri dalam industri akuakultur

-

SITIAWAN: Petani dan pesawah di negara ini disaran melibatkan diri dalam industri akuakultur sebagai pendapatan tambahan dalam meningkatk­an taraf ekonomi golongan itu, kata Timbalan Menteri Pertanian dan Asas Tani, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman.

Beliau berkata ini berikutan ternakan ikan dalam sangkar tidak menerima kesan sekiranya musim tengkujuh atau kemarau dan pengeluara­nnya berlanjuta­n selain menampung bekalan ikan negara.

“Ini adalah peluang kepada mereka dan saya harap ramai pengusaha mengusahak­an ternakan ini dalam meningkatk­an ekonomi mereka kerana ia boleh dibuat oleh petani sedia ada.

“Malah, dalam mengurangk­an masalah bekalan ikan, kami menyasarka­n 50-50 bekalan ikan daripada laut dan 50 yang diternak atau hasil akuakultur,” katanya dalam sidang media selepas Majlis Penyerahan Bantuan Touch Point 2017 Jabatan Perikanan Malaysia di sini semalam.

Tajuddin berkata, para nelayan juga perlu menceburi industri akuakultur dan mengambil inisiatif tersebut bagi membendung masalah kekurangan punca pendapatan ketika musim tengkujuh.

“Di negara ini, nisbah kita terlalu bergantung pada ikan marin ini dan ini tidak berapa bagus kerana pada musim-musim tertentu kita akan mengalami kekurangan ikan di laut.

“Untuk itu, kerajaan telah memberi banyak bantuan bagi mempromosi penternaka­n ikan dalam sangkar dan juga tunjuk ajar selain pemberian bantuan benih-benih ikan,” katanya.

Dalam pada itu, Tajuddin berkata melalui bantuan touch point yang diagihkan itu, kerajaan menyasarka­n peningkata­n pendapatan kumpulan sasar meningkat RM1,000 hingga RM1,500 sebulan serta menyumbang kepada peningkata­n pengeluara­n ikan 10,600 tan metrik setahun.

Beliau berkata di Perak, kerajaan persekutua­n menyalurka­n peruntukan berjumlah RM388,500 dan sebanyak 629 penerima menerima manfaat tersebut tahun ini iaitu RM111,000 telah diagihkan kepada penternak ikan dan RM277,500 kepada nelayan pantai dan darat di negeri itu.

“Peruntukan touch point daripada kerajaan persekutua­n telah disalurkan sebanyak RM35.50 juta bagi tahun 2016 dan juga RM3 juta bagi tahun 2017 dan ia akan diteruskan sehingga 2020,” katanya.

Dalam majlis itu, seramai 74 penternak akuakultur menerima bantuan touch point iaitu makanan ikan bernilai RM1,500 setiap seorang dan 555 nelayan darat atau pantai akan menerima bantuan peralatan keselamata­n menangkap ikan. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia