Utusan Borneo (Sarawak)

400 hektar tanah MINDEF di Sungkai untuk perumahan ATM

-

TANJUNG MALIM: Kementeria­n Pertahanan (MINDEF) sedang mengkaji bagi memasukkan tanah seluas 400 hektar miliknya di Sungkai dekat sini ke dalam agenda perumahan untuk anggota tentera dan veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Menterinya Datuk Seri Hishammudd­in Tun Hussein berkata, projek tersebut merupakan satu daripada tiga agenda Kementeria­n Pertahanan dan akan membincang­kan perkara itu dengan kerajaan negeri Perak.

Beliau berkata menerusi agenda perumahan, kementeria­n bercadang menyediaka­n rumah mampu milik dan rumah mampu sewa untuk anggota dan veteran ATM. “Banyak lagi agenda yang belum saya umumkan.

Kalau September ini Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) sudah setuju untuk kementeria­n umumkan agenda perumahan kami, saya akan pastikan tanah Kementeria­n Pertahanan di Sungkai boleh dimasukkan dalam agenda itu.

“Untuk itu saya minta ( Pengerusi Jawatankua­sa Pembanguna­n Wanita, Keluarga dan Kebajikan Masyarakat Perak) Datuk Rusnah (Kassim) berjumpa saya dalam waktu terdekat agar perkara itu dimasukkan dalam senarai,” katanya.

Hishammudd­in yang juga naib presiden UMNO berkata demikian ketika berucap merasmikan persidanga­n perwakilan UMNO Bahagian Tanjung Malim di sini, semalam.

Turut hadir Rusnah yang juga ketua Wanita UMNO negeri dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Behrang dan Ketua UMNO Bahagian Tanjung Malim merangkap ADUN Slim, Datuk Mohd Khusairi Abdul Talib.

Bercakap kepada pemberita selepas majlis itu, Hishammudd­in berkata agenda perumahan itu bertujuan menyediaka­n rumah untuk keluarga angkatan tentera.

Terdahulu, dalam ucapan alu-aluan Mohd Khusairi, beliau telah membangkit­kan isu perumahan itu untuk anggota dan veteran ATM. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia