Utusan Borneo (Sarawak)

Anifah mengadakan dialog TN50 bersama rakyat

-

KUALA LUMPUR: Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman mengadakan dialog Transforma­si Nasional 2050 (TN50) bersama rakyat Malaysia di Manila, Filipina, kelmarin.

Dalam satu kenyataan semalam, Wisma Putra berkata ia merupakan dialog TN50 kedua oleh menteri berkenaan melibatkan rakyat Malaysia di luar negara, dengan yang pertama ialah di London pada 7 Julai lepas.

Menurut kenyataan itu, acara tersebut mendapat sambutan hangat dan dihadiri lebih 70 rakyat Malaysia yang ketika ini menetap di Filipina yang mana peserta dialog turut terlibat dalam perbincang­an dan berkongsi aspirasi mereka berkenaan masa depan Malaysia.

“Peserta berkongsi aspirasi mereka untuk rakyat pada 2050, bagi menerima pakai identiti nasional sebagai rakyat Malaysia, pada masa sama turut memelihara struktur kepelbagai­an budaya dan etnik.

“Peserta juga menekankan betapa pentingnya untuk mempunyaid­asardanpro­gram nasional yang tidak akan berasaskan kepada perbezaan kaum,” kata kenyataan itu.

Menurut kenyataan itu, isu pemulihara­an alam sekitar, penambahba­ikan kemudahan penjagaan kesihatan luar bandar, ketelusan laporan media serta pembanguna­n keluarga yang seimbang juga dijadikan sebagai ciri utama untuk dimasukkan dalam program transforma­si baharu.

Dialog TN50 adalah sebahagian daripada inisiatif menerusi Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS), yang mana Anifah telah dilantik sebagai pemimpin segmen untuk menerajui penglibata­n TN50 dengan rakyat Malaysia di luar negara.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumka­n TN50 sebagai wawasan baharu Malaysia pada Oktober 2016 ketika membentang­kan Bajet 2017 dengan sasaran meletakkan Malaysia pada kedudukan ke- 20 negara maju dari segi pendapatan per kapita dan negara maju dengan mengekalka­n identiti negara. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia