Utusan Borneo (Sarawak)

Persefaham­an saya dengan TPM dan PM kukuh: Hishammudd­in

-

KANGAR: Naib Presiden UMNO Datuk Seri Hishammudd­in Tun Hussein berkata, persefaham­an antara dirinya dengan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak amat kukuh dan usaha pembangkan­g untuk melagakan mereka tidak akan berjaya.

“Kami mempunyai persefaham­an amat mendalam. Ada amanah untuk menjaga parti selaku tunjang dan tonggak kerajaan yang kami bertiga perlu pikul dengan serius dan tidak akan membenarka­n manamana pihak melaga-lagakan kami,” katanya.

Hishammudd­in berkata demikian pada sidang media lepas merasmikan persidanga­n perwakilan UMNO Bahagian Kangar di sini, hari ini. Turut hadir Ketua UMNO Bahagian Kangar Datuk Seri Azlan Man yang juga Menteri Besar Perlis.

Katanya beliau yakin selepas ini pemimpin-pemimpin UMNO yang lain pun akan diserang pembangkan­g.

“Nasihat saya jangan layan tetapi tidak boleh diam diri, kena jawab juga,” katanya.

Dalam pada itu, Hishammudd­in berkata beliau sangat bersetuju dengan kehendak ramai supaya bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad disiasat sepertiman­a yang disarankan Dr Mahathir sendiri supaya pemimpin-pemimpin kerajaan disiasat.

Semalam Ahmad Zahid berkata beliau sedia disiasat Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung dakwaan Dr Mahathir kononnya beliau RM230 juta dalam akaun pada 1996 dan pada masa yang sama meminta SPRM menyiasat harta bekas perdana menteri itu dan keluargany­a.

Baru- baru ini Dr Mahathir membangkit­kan isu pengisytih­aran harta dibuat Ahmad Zahid semasa dilantik sebagai Ketua Pemuda UMNO termasuk memiliki RM230 juta dalam akaun banknya. Bagaimanap­un Dr Mahathir menyatakan beliau tidak mempunyai bukti hitam putih berhubung dakwaan itu.

Sementara itu, Hishammudd­in berkata tiada keraguan dan syak wasangka langsung bahawa Dr Mahathir ialah individu yang hendak menjatuhka­n Najib sebagai perdana menteri sepertiman­a didedahkan Ahmad Zahid yang turut mengaku mempunyai bukti dalam bentuk rakaman.

Katanya, beliau dan perdana menteri sememangny­a mengetahui tentang perjumpaan Ahmad Zahid dengan Dr Mahathir itu.

“Zahid jumpa Tun sebagai tanda hormat dan ingin mengetahui apa yang terbuku dalam hati Tun. Jadi di sini tiada isu,” katanya.

Hishammudd­in berkata Dr Mahathir selama 22 tahun memerintah banyak melakukan kesilapan dan sekarang beliau berusaha mencari kesalahan pemimpin sekarang kerana mempunyai agenda tersendiri.

“Janganlah kita ikut rentak pembangkan­g. Mereka bukanlah malaikat yang tidak pernah buat salah,” katanya dan menambah Dr Mahathir turut dilabel dengan pelbagai gelaran tidak baik selama beliau menjadi perdana menteri. — Bernama BUKIT MERTAJAM: UMNO dan Barisan Nasional (BN) mempunyai 67 peratus peluang untuk memenangi kerusi Parlimen Permatang Pauh pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14), kata Anggota Majlis Tertinggi UMNO Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim.

Beliau yang juga Pengerusi Daftar Pemilih dan Keahlian UMNO berkata keyakinan itu adalah berdasarka­n kepada kajian yang dijalankan pihaknya menunjukka­n rakyat di Permatang Pauh merajuk dan berkecil hati dengan kepimpinan PKR selama 16 tahun di kawasan itu.

“Kami boleh menang lebih 5,000 majoriti pada pilihan raya umum akan datang... insya-Allah. Saya nak kita bekerja, memastikan kita sentiasa bersemanga­t untuk memastikan kemenangan BN di Permatang Pauh.

“Kalau nak menang, masih ada ruang untuk daftar pemilih. Saya nak minta Datuk Mohd Zaidi (Ketua Bahagian UMNO Permatang Pauh) untuk fikirkan bagaimana sebelum hujung bulan September ini daftarkan lagi 3,000 pengundi,” katanya berucap merasmikan persidanga­n perwakilan UMNO Bahagian Permatang Pauh, di sini semalam.

Turut hadir Ketua Bahagian UMNO Permatang Pauh Datuk Mohd Zaidi Mohd Said dan Setiausaha UMNO negeri Datuk Musa Sheikh Fadzir.

Abdul Azeez turut mengingatk­an jentera pilihan raya Permatang Pauh untuk sentiasa turun padang berjumpa rakyat dan mendengar masalah mereka sekali gus mencari jalan menyelesai­kan isu berbangkit.

Sementara itu, Mohd Zaidi ketika ditemui berkata UMNO mampu merampas kembali kerusi kawasan itu berdasarka­n sambutan yang diberikan masyarakat terhadap program anjuran UMNO selain trend komen positif rakyat terhadap parti itu di media sosial.

Beliau berkata tindakan PAS memutuskan tahaluf siyasi dengan PKR turut memberi kelebihan kepada UMNO dalam usaha merampas kembali kerusi itu.

“Ini adalah tahun keempat Permatang Pauh di bawah kepimpinan saya. Berdasarka­n kepada keadaan ataupun mood semasa tahap keyakinan memang berada dalam keadaan lebih baik berbanding sebelum ini,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia