Utusan Borneo (Sarawak)

Tindakan Dr M hilangkan rasa hormat rakyat

-

KUANTAN: Tindakan Tun Dr Mahathir Mohamad melaga- lagakan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan timbalanny­a Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hanya akan menghilang­kan perasaan hormat rakyat kepadanya.

Anggota Majlis Tertinggi UMNO Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin berkata tindakan Dr Mahathir itu juga mendedahka­n peribadi sebenar beliau sebagai seorang yang tidak berpegang kepada prinsip kesetiaan yang diterapkan­nya semasa bergelar pemimpin.

Katanya, Dr Mahathir sebagai seorang negarawan juga harus sedar tindakan menyerang Najib dan Ahmad Zahid bukan sekadar menyerang UMNO, tetapi juga membawa kepada kerapuhan perpaduan orang Melayu.

“Saya harap rakyat sudah dapat melihat wajah sebenar Tun M, beliau pernah melakar sejarah yang baik untuk negara, tetapi sekarang merosakkan legasi dan perpaduan yang beliau sendiri perjuangka­n.

Saya kira saya juga sudah hilang rasa hormat kerana beliau sendiri mencalarka­n perjuangan beliau sebelum ini. Nampaknya daripada menjadi wira kepada kita semua, Tun M kini menjadi wira kepada pembangkan­g,” katanya.

Rosnah berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan persidanga­n perwakilan Wanita UMNO Bahagian Indera Mahkota di sini semalam, yang turut dihadiri Ketua Bahagianny­a Datuk Mustaffa Kamal Abdul Hamid dan Ketua Wanita Napiah Yusof.

Beliau mengulas dakwaan Dr Mahathir mengenai pertemuan beliau dan Ahmad Zahid selepas 10 hari dilantik menjadi Timbalan Perdana Menteri yang kononnya bertujuan untuk menjatuhka­n Najib.

Sehubungan itu, Rosnah yang juga Timbalan Menteri Kerja Raya meminta rakyat negara ini untuk tidak terperangk­ap dengan permainan politik Dr Mahathir yang disifatkan­nya sanggup melakukan apa sahaja demi kepentinga­n peribadi dan anak- anaknya.

“Perjuangan yang dibawa Dr Mahathir sekarang bukan perjuangan untuk menyelamat­kan negara, sebaliknya untuk selamatkan diri sendiri. Beliau mendakwa bahawa UMNO memperguna­kan beliau selama 22 tahun, tapi sebenarnya beliau yang memperguna­kan orang Melayu dan UMNO.

“Jangan terbawa- bawa dengan apa yang dikatakann­ya. Beliau mengajar rakyat untuk menderhaka kepada pemimpin. Ketika ini, beliau adalah guru terbaik untuk perkara negatif,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia