Utusan Borneo (Sarawak)

Piala Super Jerman milik Bayern Munich

-

DORTMUND: Bayern Munich menjulang Piala Super Jerman kelmarin dengan kemenangan 5-4 dalam penentuan tendangan penalti di Borussia Dortmund setelah Marc Bartra menyaksika­n tendangan penaltinya yang terakhir dan genting diselamatk­an oleh penjaga gol.

Perlawanan berakhir 2-2 dalam masa 90 minit setelah gol awal Christian Pulisic untuk Dortmund diikat oleh Robert Lewandowsk­i.

Pierre- Emerick Aubameyang, penjaring gol terbanyak dalam Bundesliga pada musim lepas, memulihkan kelebihan Dortmund 19 minit sebelum tamat sebelum gol lewat jaringan sendiri Lukasz Piszczek mengheret perlawanan terus ke penentuan tendangan penalti.

“Kami tidak ada banyak masa untuk bersedia, tetapi sekarang kami ada lebih masa sedikit untuk berlatih dan saya sangat gembira kerana kami memenangi kejuaraan pertama,” kata Lewandowsk­i, yang merembat masuk tendangan penalti pertama Bayern dalam penentuan tendangan penalti.

Bartra, bekas pemain pertahanan Barcelona, satu-satunya pemain yang cedera teruk dalam serangan bom pada April lalu ke atas bas pasukan Dortmund, menyaksika­n tendangan penalti ke-12 diselamatk­an untuk memberikan piala kepada Bayern buat tahun kedua berturut-turut.

Aubameyang, yang menjadi sasaran tawaran wang besar dari China, dan Ousmane Dembele, yang menurut laporan telah menerima tawaran bernilai 70 juta euro (RM336 juta) dari Barcelona untuk menggantik­an Neymar, bermain dengan meyakinkan bagi Dortmund.

Kemenangan itu memberikan kejuaraan pertama kepada Bayern bagi musim ini apabila juara bertahan itu membuka musim baharu Bundesliga pada Jumaat 18 Ogos di stadium sendiri menentang Bayer Leverkusen.

Kemenangan itu memberi dorongan yang dialu-alukan oleh ketua jurulatih Carlo Ancelotti setelah pasukannya tewas dalam lima daripada enam perlawanan pemanas badan mereka sebelum ini.

Bayern bermain tanpa tiga bintang, Jerome Boateng, David Alaba dan Arjen Robben, manakala pemain baharu James Rodriguez tidak dapat bermain kerana kecederaan hamstring.

Dortmund mendahului setelah hanya 12 minit sahaja apabila Javi Martinez berlengah-lengah dengan bola terlalu lama dan dirompak oleh Pulisic.

Pemain antarabang­sa Amerika Syarikat berusia 18 tahun itu memecut meninggalk­an pertahanan Munich yang kucar-kacir.

Dia menolak rembatanny­a melepasi Sven Ulreich, penjaga gol gantian Bayern selepas penjaga gol utama Bayern Manuel Neuer menjalani pembedahan kaki dan baharu sahaja berlatih semula, yang kemudian menyelamat­kan tendangan penalti Bartra.

Bayern menyamakan kedudukan pada minit ke-18 apabila hantaran jauh dari pemain baharu Sebastian Rudy menemui Kimmich, dengan hantaran lintang yang disumbat oleh Lewandowsk­i pada jarak dekat.

Bayern dapat menggandak­an kelebihan mereka pada minit ke-31 apabila tandukan Thomas Mueller memaksa Roman Burki menyelamat­kan cubaan jarak dekat.

Kedua-dua pihak ada peluang masing-masing selepas waktu rehat, tetapi hantaran Dembele menjumpai Aubameyang dan penyerang Gabon itu menunjukka­n penyudah yang tenang untuk meletakkan Dortmund di hadapan pada minit ke-71.

Dengan masa yang hampir tamat, Rudy menggegark­an palang gol dan Kimmich merembat bola pada cubaan kedua dari Piszczek untuk mengheret perlawanan terus ke penentuan tendangan penalti.

Kimmich dari Bayern dan Sebastian Rode dari Dortmund menyaksika­n tendangan penalti mereka diselamatk­an sebelum rembatan Bartra dihalang oleh Ulreich untuk menghantar piala ke Munich. — AFP

 ?? — Gambar Reuters ?? GAYA TERSENDIRI: Pemain pasukan Bayern Munich meraikan kejayaan mereka memenangi Piala Super Jerman setelah menundukka­n Borussia Dortmund 5-4 melalui penentuan sepakan penalti.
— Gambar Reuters GAYA TERSENDIRI: Pemain pasukan Bayern Munich meraikan kejayaan mereka memenangi Piala Super Jerman setelah menundukka­n Borussia Dortmund 5-4 melalui penentuan sepakan penalti.
 ?? — Gambar Reuters ?? CARI RUANG: Sebahagian daripada babak-babak aksi perlawanan pembukaan Ligue 1 di antara PSG dan Amiens di Parc des Princes di Paris.
— Gambar Reuters CARI RUANG: Sebahagian daripada babak-babak aksi perlawanan pembukaan Ligue 1 di antara PSG dan Amiens di Parc des Princes di Paris.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia