Utusan Borneo (Sarawak)

Petanda bagus untuk Liverpool musim ini

Jelajah mengelilin­gi dunia ‘ The Reds’ untuk aksi pramusim berakhir tanpa satu kekalahan

-

DUBLIN: Liverpool menamatkan pramusim mereka mengelilin­gi dunia tanpa kekalahan setelah mereka dengan mudah menang 3-1 ke atas kelab dari Sepanyol Athletic Bilbao di Lansdowne Road, Dublin, kelmarin.

Pasukan Jurgen Klopp bersiap sedia untuk perlawanan pembukaan Liga Perdana Inggeris (EPL) pada Sabtu ini di Watford dengan kemenangan persahabat­an ketara, yang bermakna mereka tidak tewas dalam masa 90 minit dalam lapan perlawanan termasuk kemenangan 3-0 ke atas juara Jerman, Bayern Munich.

Pasukan The Reds berada di hadapan awal menerusi Roberto Firmino, sebelum Inaki Williams menyamakan kedudukan sebelum waktu rehat.

Klopp membuat 10 perubahan pada waktu rehat, dan dua pemain remaja Ben Woodburn dan Dominic Solanke menambah dua lagi jaringan untuk menjamin kemenangan.

Pasukan EPL itu menentang pasukan lawan yang lemah, selepas kelab Sepanyol berkenaan membuat 11 perubahan kepada pasukan yang menewaskan Dinamo Bucharest dalam Liga Europa pada Khamis lepas.

Liverpool bermain tanpa Daniel Sturridge yang cedera, Philippe Coutinho, sasaran perpindaha­n bagi Barcelona, dan Adam Lallana, tetapi masih menurunkan pasukan yang kuat.

Penyerang Belgium Divock Origi dapat meletakkan pasukan The Reds di hadapan dalam masa 10 minit apabila Joel Matip melakukan hantaran yang cantik untuk melepaskan­nya ke arah gol.

Namun penyerang itu melakukan cubaan yang tersasar, dan selepas Alberto Moreno dan Mohamed Salah bergabung untuk memb e r i k a n bola sekali lagi kepadanya lima minit kemudian, pemain berusia 22 t a - hun itu menanduk bola yang tersasar sekali lagi. Gol pembukaan tidak memakan masa yang lama untuk dijaringka­n, apabila Firmino, yang menjaringk­an dua gol menerusi tendangan penalti pada pertengaha­n minggu lepas ketika menentang Atletico Madrid, berbuat demikian sekali lagi setelah Inigo Lekue dikenakan tendangan penalti se- lepas dia bergelut dengan pemain Brazil itu.

Bilbao mengugut dengan serangan balas ke atas pertahanan Liverpool yang goyah, dengan Inaki Williams yang melorongka­n bola kepada Ager Aketxe, tetapi melakukan rembatan yang tersasar dari gawang Simon Mignolet.

Williams menunjukka­n kemarahan tetapi menebus diri beberapa minit kemudian apabila dia menyekat cubaan Dejan Lovren untuk mengeluark­an bola dan meletakkan penyudah terkawal melepasi Mignolet untuk mengikat jaringan.

Firmino melepaskan Moreno menuju ke arah Kepa Arrizabala­ga sejurus sebelum waktu rehat tetapi pemain pertahanan itu, yang bermain dengan meyakinkan dalam serangan, merembat bola terus ke arah penjaga gol.

Cordoba, penyerang Bilbao, melakukan rembatan pertama ke arah sasaran selepas waktu rehat, tetapi malang baginya, ia terus menuju ke arah Mignolet.

Rembatan jarak dekat Sadio Mane kemudian ditolak ke atas oleh Arrizabala­ga, tetapi penjaga gol itu tidak dapat berbuat apa-apa mengenai gol Woodburn sejurus sebelum minit ke-60.

Solanke melepasi pemain pertahanan pasukan lawan dan menarik bola ke belakang kepada pemain berusia 17 tahun itu, yang membuat satu sentuhan sebelum merembat bola melepasi Arrizabala­ga untuk meletakkan semula pasukan The Reds di hadapan.

Ragnar Klavan membalas bantuan Solanke 10 minit sebelum tamat, dengan melakukan hantaran tepat kepada pemain England Bawah 20 itu untuk menanduk masuk. — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? MENINGKAT: Sebahagian daripada babak-babak aksi perlawanan pramusim di antara Athletic Bilbao dan Liverpool di Stadium Aviva di Dublin, Ireland.
— Gambar AFP MENINGKAT: Sebahagian daripada babak-babak aksi perlawanan pramusim di antara Athletic Bilbao dan Liverpool di Stadium Aviva di Dublin, Ireland.
 ??  ?? KLOPP
KLOPP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia