Utusan Borneo (Sarawak)

PSG mulakan musim baharu dengan kemenangan 2-0

-

PARIS: Paris Saint-Germain (PSG) meraikan ketibaan superstar Brazil Neymar dalam suasana pesta dengan kemenangan 2-0 yang selesa ke atas Amiens dalam perlawanan pembukaan Ligue 1 mereka kelmarin.

Stadium Parc des Princes di Paris bergema dengan bunyi nama Neymar yang dilaungkan berulang kali sebelum sepak mula ketika pemain paling mahal di dunia itu diperkenal­kan kepada peminat.

“Paris adalah ajaib,” kata Neymar ketika dia berjanji untuk ‘memenangi banyak piala’ bagi majikannya yang kaya raya ekoran perpindaha­nnya yang bernilai 222 juta euro (RM1.07 bilion) dari Barcelona.

Neymar dibeli untuk membawa kejayaan dalam Liga Juara-Juara kepada pemilik PSG dari Qatar dan berdasarka­n bukti ini, dia tidak akan diperlukan untuk perkara domestik yang membosanka­n apabila pasukan pelawat yang baharu dinaikkan ke liga utama ditewaskan dengan acuh tak acuh.

“Pembelian ini menun- jukkan cita-cita kedua-dua pihak: kami cuba meningkat dan bagi Neymar, pertaruhan ini juga untuk mengambil langkah ke hadapan,” kata jurulatih PSG Unai Emery.

Penjaring terbanyak pada musim lepas Edinson Cavani membuka jaringan tiga minit sebelum waktu rehat manakala Javier Pastore menyumbat gol kedua 10 minit sebelum tamat dalam perlawanan yang berat sebelah.

Enam minit selepas bermula, PSG membuka Amiens dengan hantaran licik untuk melepaskan Cavani ke arah gawang, tetapi pemain Uruguay itu menolak rembatanny­a yang tersasar sedikit dari tiang gol.

Suasana meriah sekali dan keyakinan yang hampir kasual di kalangan pemain PSG bahawa gol akan dijaringka­n ketika mereka membuat corak yang rumit di sekeliling padang, menggandak­an aksi licik dan mahir manakala pemain pertahanan Amiens yang terpaksa bekerja lebih bertahan dengan suram.

Dalam satu serangan balas yang lebih tajam, bola hantaran lintang Di Maria dipintas ketika dia cuba menghantar bola balik kepada Pastore dan tidak melakukan rembatan sendiri.

Barisan serangan PSG dikawal dengan ketat, tetapi pemain tengah Adrien Rabiot menemui ruang dari hantaran Cavani tetapi rembatanny­a disekat oleh Prince Gouano.

Cavani seterusnya menunjukka­n kepada mereka bagaimana untuk melakukann­ya, apabila dia mengawal bola hantaran lintang dari pemain yang tampil buat julung kalinya dalam liga Dani Alves dengan pahanya dan merembat masuk bola rendah dengan kaki kirinya.

PSG bermain dengan begitu mudah sehinggaka­n mereka mampu untuk menggantik­an kapten Thiago Silva, yang ada masalah otot, dengan Presnel Kimpembe pada waktu rehat.

PSG mungkin kadang-kala terpaksa bekerja keras, tetapi apabila gol kedua dijaringka­n 10 minit sebelum tamat, ia ternyata tajam, setelah Marco Verratti melepaskan Cavani untuk melorongka­n bola kepada Pastore bagi tolakan yang mudah. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia