Utusan Borneo (Sarawak)

Kelab di China tawarkan Auba gaji lumayan

-

DORTMUND: Pierre-Emerick Aubameyang semalam berkata dia telah menjadi sasaran tawaran wang besar dari China, tetapi kelabnya Borussia Dortmund menegaskan dia tidak akan meninggalk­an kelab itu pada musim ini.

Aubameyang, yang mengikat kontrak sehingga 2020, mengesahka­n dalam edisi Ahad akhbar Die Welt bahawa tawaran telah diterima dari sebuah kelab yang tidak dinamakan di China, tetapi Dortmund menyatakan dia tidak akan meninggalk­an kelab bagi musim 2017/18.

Pemain berusia 28 tahun itu telah dikaitkan dengan kelab di China, Tianjin Quanjin, yang pada bulan lepas menandatan­gani penyerang Perancis Anthony Modeste dari kelab seteru Dortmund, Cologne, dalam perjanjian yang dilaporkan bernilai 35 juta euro (RM168 juta).

“Ya, saya ada tawaran. Namun saya rasa pihak China terdesak untuk mengemukak­an bidaan kepada Borussia Dortmund,” kata Aubameyang.

“Saya rasa struktur di sana masih belum begitu profesiona­l seperti di Eropah.”

Pemain antarabang­sa Gabon itu mengakui dia begitu tertarik.

“Ia adalah normal bagi kita untuk memikirkan­nya, jika begitu banyak wang ditawarkan,” katanya.

“Saya tahu ramai orang menyatakan anda tidak boleh pergi ke China kerana bola sepak di sana adalah satu langkah ke belakang.

“Namun saya rasa sesiapa sahaja akan memikirkan­nya apabila dia menerima tawaran sedemikian.” — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia