Utusan Borneo (Sarawak)

Gatlin rosakkan larian terakhir Bolt Beliau memenangi tempat pertama acara 100 meter Kejohanan Dunia IAAF

-

LONDON: Justin Gatlin mempertaha­nkan diri daripada andaian tentang sama ada dia harus terus bertanding setelah melengkapk­an kebangkita­n yang menakjubka­n untuk memenangi acara 100 meter lelaki dunia dan merosakkan perlumbaan terakhir superstar Usain Bolt.

Pelari Amerika berusia 35 tahun itu, yang memenangi kejuaraan dunia pada 2005 setahun setelah dia memenangi pingat emas Olimpik dalam Sukan Athens sebelum itu, berkata dia sudah menjalani hukumannya ketika dia digantung selama empat tahun (2006-2010) kerana doping.

Dan pelari Amerika itu telah diejek teruk ketika ia diumumkan bahawa dia telah menang manakala Bolt menduduki tempat ketiga.

Sementara Gatlin meletakkan jari pada mulutnya untuk menepis ejekan mereka, penonton kemudian melaungkan nama Bolt.

Bagaimanap­un, Gatlin menegaskan dia ‘bukan budak jahat’ dan berkata dia seharusnya dilayan seperti sesiapa sahaja yang diberi peluang kedua oleh masyarakat.

“Saya sekadar seorang pelari,” kata Gatlin. MENDAHULUI: Gatlin (kiri) mendahului peserta yang lain diikuti Coleman dari AS ditempat kedua dan Bolt dari Jamaica ditempat ketiga.

“Saya sudah kembali ke dalam sukan ini. Saya sudah menjalani hukuman saya dan saya sudah kembali.”

Bolt, yang berkata dia tidak akan memikirkan semula rancangan untuk bersara selepas karier yang gilang- gemilang, turut mempertaha­nkan hak Gatlin untuk bertanding walaupun atlet Jamaica itu tidak begitu bermurah hati ketika seorang lagi atlet Amerika, Tyson Gay, didapati positif dadah dan kemudian kembali ke sukan olahraga.

“Dia sudah menjalani hukumannya dan jika dia ada di sini, ia bermakna ia adalah okay,” kata Bolt mengenai Gatlin.

“Saya sentiasa menghormat- inya sebagai seorang pesaing. Dia adalah salah seorang pesaing terbaik yang pernah bertanding dengan saya dalam sejarah.

“Dia berhak berada di sini kerana dia sudah menjalani hukumannya dan berusaha gigih untuk kembali ke sini. Saya memandangn­ya sama seperti mana-mana atlet lain.”

Bagaimanap­un Gatlin cuba menepis sambutan negatif yang dia terima sepanjang pusingan kelayakan dan kemudian apabila dia menang.

“Tidak sama sekali, ini adalah malam Usain, perlumbaan­nya yang terakhir,” kata Gatlin tentang ejekan yang dia terima apabila dia menang.

“Saya agak mereka mengejek saya kerana saya telah menjadi seteru yang begitu kuat baginya.”

Gatlin berkata dia tidak tahu sama ada dia akan bersara sekarang memandangk­an dia sudah berjaya menewaskan Bolt dalam final kejohanan – hanya kemenangan­nya yang kedua ke atas atlet berusia 30 tahun itu dalam 10 pertemuan. — AFP

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia