Utusan Borneo (Sarawak)

Lochte kembali ke kolam selepas penggantun­gan

-

NEW YORK: Ryan Lochte, perenang juara dunia dan Olimpik yang digantung 10 bulan selepas dia membuat cerita palsu tentang dirinya yang dirompak di Olimpik Rio, kembali ke kolam kelmarin di kejohanan Terbuka Amerika Syarikat.

Dua hari selepas harijadiny­a yang ke- 33, Lochte menduduki tempat kelima dalam acara 100 meter kuak lentang lelaki, dengan men- catatkan masa 55.16 saat dalam perlumbaan akhir yang dimenangi pemenang pingat Olimpik sebanyak dua kali Arkady Vyatchanin dari Serbia dalam masa 53.91 saat.

“Ia adalah titik permulaan yang baik,” kata Lochte di kejohanan itu di Nassau County Aquatics Center, pinggir New York.

“Itulah apa yang saya mahu buat ketika menyertai kejohanan ini. Melakukan sedikit latihan, dan dapat berenang dalam masa itu. Saya masih ada sesuatu di sana.”

Lochte, yang berhasrat untuk kembali dan layak ke Olimpik Tokyo 2020, memberitah­u USA Swimming bahawa dia bersedia untuk bertarung semula setelah kesudahan yang memalukan kepada pengalaman­nya di Brazil pada tahun lepas.

“Apa pun yang berlaku, saya akan menerimany­a dengan tabah dan terus maju ke hadapan,” kata Lochte dalam satu video yang dipaparkan dalam laman sesawang badan sukan renang itu.

“Salah satu perkara terbesar yang saya pelajari sejak setahun lalu ialah saya seorang pejuang. Saya akan sentiasa bangkit. Dan saya sudah kembali.” — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia