Utusan Borneo (Sarawak)

Buda tidak berdepan masalah rangkul gelaran

-

KUCHING: Jaguh bina badan Sarawak, Buda Anchah tidak berdepan masalah merangkul gelaran Mr Boulevard/ Mr BBS 2017 selepas meraih pingat emas kejohanan tahunan di Boulevard Shopping Mall, di sini kelmarin.

Bekas pegawai Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) berusia 45 tahun itu mengunggul­i kategori ‘ Champion of Champions’ selepas menjuarai kategori Mr Boulevard (Bina Badan Senior) bawah 70 kilogram.

Manakala naib juara dimenangi Wilfred Harding dari Kuching diikuti Anthony Tebie Raphael wakil dari Sibu di tempat ketiga.

“Saya amat gembira dan bersyukur dengan kejayaan ini malah dapat bertanding dengan bakat-bakat baharu.

“Malah saya juga terharu dengan kata- kata Presiden Persatuan Bina Badan Sarawak (SBBA), Datuk Wee Hong Seng mengatakan kehadiran saya dalam pertanding­an ini memberi inspirasi kepada peserta muda,” kata pemenang dua kali gelaran Mr Asia itu.

Buda berkata, rakan seperjuang­an, Dr Melvern Abdullah dan Awang Azizul Ghani akan menyertai Kejohanan Bina Badan Asia Ke-51 di Korea Selatan bulan ini.

Dalam kategori berasingan, Awang Azizul muncul juara Mr Boulevard (70kg ke atas) manakala Farrokh Ibtisam Ting dari Sibu dan Chee Yang dari Kuching masing-masing di tempat kedua dan ketiga.

Sementara itu, dalam cabaran Mr BBS (Athletic Physique) bawah 170sm, Joseph Ladi tampil memukau mengalahka­n 18 pencabar lain. Tempat kedua dimenangi Abang Ahmad Agus Khalil dan Hamizul Jahwi (ketiga).

Bagi kategori Atas 170sm, pendatang baharu Muhammad Azri Nazarudin dari Kuching mengatasi pencabar senior termasuk Allen Lee dari Sibu dan Abdul Ramzi Bujang dari Kuching.

 ??  ?? UNGGUL: Buda bersama trofi kemenangan selepas dinobatkan Mr Boulevard/Mr BBS 2017 di Kuching kelmarin.
UNGGUL: Buda bersama trofi kemenangan selepas dinobatkan Mr Boulevard/Mr BBS 2017 di Kuching kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia