Utusan Borneo (Sarawak)

Kejohanan Sepak Takraw Jemputan Antarabang­sa bakal ditambah baik

-

MIRI: Kejohanan Sepak Takraw Jemputan Antarabang­sa Piala Ketua Menteri Sarawak 2017 bakal ditambah baik penganjura­nnya pada masa akan datang.

Presiden Persatuan Sepak Takraw Malaysia ( PSM), Datuk Seri Ahmad Ismail berkata ini bagi memastikan penganjura­nnya mampu menarik lebih banyak penyertaan pasukan dari luar negara.

“Selain itu, kita merancang mengadakan Liga Sepak Takraw Sarawak serta memilih Miri sebagai salah satu lokasi pertanding­an,” katanya pada Penutupan Kejohanan Sepak Takraw Jemputan Antarabang­sa Piala Ketua Menteri Sarawak 2017 di sini malam kelmarin.

Ahmad memberitah­u, keputusan itu dibuat kerana PSM merasakan Sarawak mempunyai ramai pemain berpotensi, berbakat dan berbilang kaum.

“Selaku Presiden PSM, saya sedaya upaya membantu Persatuan Sepak Takraw Sarawak (PSS) mencari dana bagi menganjurk­an Liga Sepak Takraw Sarawak,” jelasnya.

Beliau berbangga kerana PSS menyahut cabaran menganjurk­an kejohanan bertaraf antarabang­sa buat julung kali selain merancang mengadakan lebih banyak kejohanan.

“Presiden PSS berbisik kepada saya, beliau hendak membuat banyak lagi dan kali inipun saya dimaklumka­n PSS menghantar regu menyertai Liga Sepak Takraw selama 10 minggu di Kuala Lumpur nanti,” katanya.

Mengulas mengenai persediaan skuad sepak takraw negara bagi Sukan SEA 2017, Ahmad memberitah­u bahawa pemainpema­in bersedia sepenuhnya berentap pada Sukan SEA Kuala Lumpur bulan ini.

Sebagai tuan rumah Sukan SEA 2017, beliau tidak menafikan ia memberi sedikit tekanan dan cabaran kepada pemain-pemain beraksi di gelanggang sendiri dalam usaha mempertaha­n kejuaraan.

“Kita menyasarka­n emas sepak takraw dan berharap seluruh rakyat Malaysia mendoakan kerajaan pasukan negara dalam misi memburu kilauan emas,” katanya.

Kejohanan Sepak Takraw Jemputan Antarabang­sa Piala Ketua Menteri Sarawak 2017 itu disertai negara Jepun, India, Thailand, Brunei Darussalam, Sabah, Sarawak dan Semenanjun­g Malaysia.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia