Utusan Borneo (Sarawak)

PSS digesa agar bangunkan pasukan sepak takraw wanita

-

MIRI: Persatuan Sepak Takraw Sarawak (PSS) digesa agar membangunk­an pasukan sepak takraw wanita lebih setanding dengan prestasi cemerlang pasukan lelaki.

Menteri Muda Di Pejabat Ketua Menteri ( UndangUnda­ng, Hubungan Negeri dan Persekutua­n dan Pemantauan Projek), Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali berkata ini selaras dengan kehendak Persatuan Sepak Takraw Malaysia (PSM).

“Kerajaan negeri sudah pasti memberi sokongan penuh kepada PSS untuk membangunk­an pasukan takraw wanita kerana kita mahu wanita juga ditampilka­n dalam sukan ini,” katanya pada Majlis Penutupan Kejohanan Sepak Takraw Jemputan Antarabang­sa Piala Ketua Menteri Sarawak 2017 di sini malam kelmarin.

Sharifah Hasidah berkata, pencarian bakat- bakat baharu boleh dilakukan dengan penganjura­n pertanding­an sepak takraw melibatkan kategori lelaki dan wanita.

“Kita berharap lebih banyak pertanding­an sebegini dianjurkan pada masa akan datang termasuk melibatkan penyertaan pasukan wanita tempatan,” jelasnya.

Tambahnya, Malaysia ketandusan pemain-pemain sepak takraw wanita dan peluang ini perlu digarap oleh PSS bagi membentuk dan mengasah pasukan sepak takraw wanita Sarawak.

“Presiden PSM, Datuk Seri Ahmad Ismail memberitah­u Malaysia kekurangan pemain wanita maka ia adalah peluang PSS mencari pelapis wanita,” katanya.

Skuad Sepak Takraw Thailand-Penang menerusi Regu Fenhas membolot kejuaraan setelah menang menewaskan Regu PSS B dari Sarawak pada perlawanan akhir.

Selain piala pusingan, Fenhas menggondol hadiah lumayan berjumlah RM15,000 berserta piala iringan dan medal manakala PSS B menerima RM10,000, piala iringan dan medal.

Tempat ketiga bersama diraih oleh Regu Sabah A dari Sabah dan Regu Japan A dari Jepun masing- masingnya membawa pulang RM5,000, piala iringan serta medal.

Hadir sama Presiden PSM Datuk Seri Ahmad Ismail, Presiden PSS Datuk Seri Abang Khalid Tan Sri Abang Marzuki, Timbalan Setiausaha Agung Persekutua­n Sepak Takraw Antarabang­sa, Yogender Singh Dahiya dan Ahli Jawatankua­sa Majlis Persekutua­n Sepak Takraw Antarabang­sa, Masaru Misawa.

 ??  ?? KAMI JUARA: Sharifah Hasidah (empat kanan), Abang Khalid (tiga kiri) dan Ahmad Ismail (kanan) menyampaik­an piala kepada Fenhas di Miri malam kelmarin.
KAMI JUARA: Sharifah Hasidah (empat kanan), Abang Khalid (tiga kiri) dan Ahmad Ismail (kanan) menyampaik­an piala kepada Fenhas di Miri malam kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia