Utusan Borneo (Sarawak)

Limkokwing University terima 15 pelajar cacat pendengara­n dari China

-

LIMKOKWING University barubaru ini menerima 15 pelajar cacat pendengara­n dari Zhengzhou Institutio­n of Technology, China yang akan berada selama enam bulan atau satu semester di universiti itu bagi mempelajar­i bahasa isyarat dalam bahasa Inggeris dan bahasa Melayu.

Limkokwing University dalam satu kenyataan berkata pada penghujung tempoh mereka berada di Cyberjaya, lapan pelajar lelaki dan tujuh perempuan berumur di antara 18 hingga 24 tahun itu akan diberikan peluang untuk menyambung pengajian ijazah sarjana muda pilihan mereka di Limkokwing University.

“Perkongsia­n antara dua institusi pendidikan itu merupakan sebahagian daripada inisiatif ‘One Belt, One Road’ bagi mengukuhka­n hubungan dua hala di antara Malaysia dan China,” kata kenyataan itu sambil menambah Limkokwing University adalah satusatuny­a rakan kongsi Malaysia dalam bidang pendidikan di bawah pakatan strategik Malaysia-China.

Menurut kenyataan itu, matlamat program itu adalah bagi membolehka­n 15 pelajar cacat pendengara­n itu untuk melanjutka­n pengajian mereka dalam persekitar­an antarabang­sa supaya mereka dapat mengintegr­asikan diri mereka dalam persekitar­an pelbagai budaya dan menyumbang balik kepada masyarakat di negara mereka.

Pada majlis mengalu- alukan penerimaan 15 pelajar dari Zhengzhou Institutio­n of Technology, China, Naib Presiden Jenama, Kreativiti dan Pembanguna­n Bakat Limkokwing University, Datuk Tiffanee Marie Lim menandatan­gani satu memorandum persefaham­an (MoU) dengan Timbalan Setiausaha Jawatankua­sa Parti Zhengzhou Institutio­n of Technology, Su Wei.

Bercakap kepada pemberita selepas majlis itu, Lim berkata selain mempelajar­i bahasa isyarat dalam bahasa Inggeris dan bahasa Melayu, pelajar Zhengzhou Institutio­n of Technology juga akan mengambil bahagian dalam aktiviti kebudayaan di Limkokwing University agar mereka dapat memahami tentang budaya Malaysia serta budaya dari negaranega­ra lain.

“Limkokwing University percaya kreativiti bukan sahaja untuk orang yang normal tetapi juga untuk orang yang cacat pendengara­n,” katanya.

Limkokwing University dilengkapi dengan segala kemudahan untuk menjadi tuan rumah kepada 15 pelajar Zhengzhou Institutio­n of Technology yang cacat pendengara­n kerana universiti itu mempunyai 150 pelajar cacat pendengara­n pada masa ini dan setakat Julai 2017, tiga pelajar cacat pendengara­n telah tamat pengajian, kata Lim.

Sementara itu, seorang pelajar Zhengzhou Institutio­n of Technology, Yue Xin, 24 berkata sepanjang enam bulan berada di sini, beliau ingin menjalin persahabat­an dengan seberapa ramai pelajar Malaysia dan mempelajar­i budaya dan tradisi rakyat Malaysia.

“Saya diberitahu budaya di Malaysia berbeza dengan di China dan saya ingin tahu dan belajar mengenainy­a,” katanya menenerusi penterjema­h bahasa isyarat rakyat Malaysia, Low Jho Suen. — Bernama

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia